Tuesday, December 7, 2010

Ummi & Papa diberi peluang sekali lagi

Salam Maal Hijrah semua..hari ini ummi patutnye kena keje.Disebabkan ummi kurang sihat,so ummi amek 'emergency leave' je la.Bukan suka-suka tau nak cuti.Sempatlah juga ummi membasuh,memasak,mengemas sambil tengok siaran langsung Maal Hijrah di TV1.Tetiba rindu pula pada zaman sekolah.Yela time camni ummi dgn kengkawan dah berada di Masjid Sultan Abu Bakar kat bandar tu.Dapat jumpa Sultan..dapat makan nasi minyak..he3..Tahun ni tak dapat join,sebab papa kena keje pulak.

Ok..berbalek pada tajuk di atas..Agak-agak apa erk yang ummi dan papa dapat peluang tu.Alhamdulillah..muiz tak lama lagi bakal jadi abang.Kali nie ummi just post kat blog dulu.Kat FB?nanti2la..mcm tak penting jerk.Takut 'sejarah' berulang lagi plak.Kali nie ummi kena jaga betul2 'adik' muiz.Naseb baek muiz tak mengar
uk2 mcm kandungan yg dulu.Makin manja sangat..Kawan2 doakanlah kandungan ummi kali nie selamat sehingga melahirkan yerk.Ummi dan Papa tak kesah lelaki ke perempuan.Tapi kwn2 ummi kata,ummi bakal melahirkan anak perempuan sebab suke mkn buah2an..eh ye ke..no komen..


Nota Kaki : Jika keadaan ummi makin lemah,maybe ummi akan berhenti keje kot.Demi 'adik' muiz nie :)


Kandungan ummi kini sudah berusia 9minggu.
Doakan kami selamat yerk kengkawan :)

Monday, December 6, 2010

Selamat Tinggal 1431H..Selamat Datang 1432H

Salam akhir Ma'al Hijrah 1431H..lagi beberapa jam lagi je kita nak meninggalkan 1431H.Yang 'buruk' jadikan iktibar dan pengalaman.Jangan diingat-ingatkan lagi.Yang 'elok' itu datang dari Allah.Ikhlaskanlah perbuatan kita,maafkanlah orang yang telah melakukan kesalahan pada kita.Biarlah Allah saja yang tahu isi hati kita..

Nanti lepas asar jangan lupe yerk baca doa AKHIR TAHUN sebanyak 3kali ..
ummi bagi sekali doanya di bawah nie :-



Yang nie DOA AWAL TAHUN dibaca selepas Solat Maghrib (baca sebanyak 3kali)



Wednesday, November 24, 2010

Mood Tak OK la

Salam semua..lama sungguh ummi tak menghupdatedkan blog kesayangan ummi.Kebelakangan ini ummi busy sket,campur dgn badan tak berapa sihat lagi.So, mood tu tak berapa ok la kan.Hari ini kebetulan ummi amek cuti 1hari..sebab kena hantar Muiz pegi Klinik Tampoi untuk medical check-up Muiz..

Perkembangan Muiz sekarang..alahai berat die bole turun plak kpd 11kg.Dlm masa 2bln turun 1kg.Padahal Muiz ni kuat makan tau.Pelikla ummi jadinya.Naseb baek ummi tak kena bebel dengan misi kat klinik tu.Ummi pun cek juga,sebab ummi dah batuk selama seminggu.Tak baek-baek.Ummi nak minum ubat takut effect.Kenapa erk??he3..suspen je kan ummi nie..Nak bagitau ke kat sini??ha3..Nanti-nantila yerk ummi kongsikan..Tunggu sume dah ok,nanti ummi story yerk..

Nota Kaki : Mood kembali pudar.InsyaAllah ummi akan story yg best2 lepas nie yerk.Semoga ummi sentiasa dilindungi olehNYA.Doakan keadaan ummi ye kengkawan :) Ummi hargai doa kalian..amin

Saturday, November 13, 2010

Cemburu Kebahagiaan Orang Lain?

Apa tandanya jika kita cemburu melihat kebahagiaan orang lain?
Adakah membayangkan bahawa jiwa kita sakit kerana
membiarkan perasaan itu berlegar di dalam diri?
Ya..benar.Jiwa kita sedang sakit jika kita cemburu akan
kebahagiaan orang lain dan ini disebut hasad...
cemburu yang melampaui batas!

Perasaan ini jika tidak dibendung boleh membawa kepada
kerosakan sebagaimana api yang membakar kayu kering.
Kenapa biarkan hati dibelenggu begini sedangkan anda
sendiri boleh mencari kebahagiaan itu.Jadikan
kebahagiaan orang lain yang berpasangan sebagai
inspirasi agar kita juga mampu menikmati kenikmatan yang sama.

Firman Allah bermaksud:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini iaitu
wanita-wanita,anak-anak,harta yang banyak
daripada jenis emas,perak,kuda pilihan,
binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah
tempat kembali yang baik (Syurga)"
-Surah Al-'Imran:14-

(Petikan dari Majalah Nur:Keluaran Bil.97 Nov.2010:M/s 134)

***************************************************************************

Nota Kaki :
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa sejak kebelakangan ini blog ummi banyak kepada hadis,maksud potongan ayat-ayat Al-Qur'an.Untuk pengetahuan,sejak kembalinya Arwah Ibu Mertua ummi,ummi baru tersedar betapa AgungNYA kebesaran Allah.Ummi diberikan kesempatan menghadap pemergian arwah.Diberikan kesempatan untuk memandikan arwah.Subhanallah..Allah saja yang tau perasaan ummi ketika itu.

Nota Kaki :
Sejak kebelakangan ini..budak2 ofis ummi rasa mcm cemburu jer dgn keakraban kwn baek ummi.Ummi pun tak tau kenapa..Ummi malas nak fikirkan sangat.Biarlah Allah saja yang membalas perbuatan mereka.

Sunday, November 7, 2010

Panggilan 'ummi' dari Muiz

Salam semua.Alhamdulillah, ummi masih diberi kesempatan untuk terus 'berkarya' di dalam blog kesayangan ummi nie.Ummi akan terus mencatit 'kenangan-kenangan' yang berlaku di sekeliling ummi.Segalanya yang indah-indah belaka.Yang perit, biarlah ummi pendam dihati.Tak elok rasanya ummi kongsikan disini.Lagipun anak-anak ummi akan membacanya suatu hari nanti :) InsyaAllah..

Ummi sebenarnya nak kongsikan perkembangan muiz baru-baru nie.Lama kan rasanya ummi tidak berkongsi cerita mengenai perkembangan muiz.Bukan apa, banyak sangat halangan yang terpak
sa ummi lalui sebelum nie.Sementara ummi tengah free ni..layan je la erk..Dalam seminggu ni muiz dah pandai memanggil 'ummi'.Sungguh sejuk hati ummi..Kalo tak,asek panggil bu..bu..bu..ibu..he3..bukan ummi takmo muiz panggil ibu.Ummi takmo muiz keliru,sebab ummi panggil nenek muiz dengan panggilan 'ibu'..harap faham la erk sume :) Muiz pun dah pandai cakap sikit2..antaranya...

* ummi,nak cucu (susu)
* ummi,yak (berak)..
* ummi,nak atun (kartun) bab ni mang a
sek gaduh je dgn die..he3
* ummi,papa mane..he3.. kalo yg ini mem
ang jelas die cakap :)




ni pic terbaek dari adik ipar ummi merangkap 'Pak Ude' muiz.
masa nie raya, ummi dan papa sibuk membuat persiapan raya,muiz dgn pak ude sibuk berphotoshoot..ha3






Nota kaki : Muiz belum pandai bahasakan diri die 'muiz or abang'.tapi die pandai sebut nama die dengan panggilan..mois..ha3..so cute mulot dier...

Thursday, November 4, 2010

CONTEST "4th Anniversary Giveaway"

Salam semua.Ummi harap semua dalam keadaan sihat.Yang mana kurang sihat, sila merujuk kepada yg pakar yerk :) Sekali lagi ummi ingin menyertai contest.Sebenarnya baru saja mengenali tuan punya contest nie.MamaZurin..salam perkenalan dari ummi yerk :) Ku sekadar ingin mencuba naseb..he3..Ok jom ucapan ummi untuk pasangan yg akan menyambut annivessary yang ke4 tahun pd 17hb nanti...

"Syukur Alhamdulillah kerana 'bahtera cinta' kalian telah mencapai 4tahun.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terjadi dalam bahtera cinta kalian.'Orang luar' hanya tahu mengata,mengeji,memaki,mencaci sahaja.Yang penting kesefahaman dan kesepakatan kalian itu penting.Nampaknya ulangtahun kalian pada tahun ini amat bermakna..sempena dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha.Zurin,suamimu pasti bangga kerana kamu bisa menyusukan sendiri anak-anakmu.Kegigihanmu itu membakar semangat kepada wanita lain yang ingin menyusukan anaknya sendiri.Akhir sekali, Ku doakan semoga kalian sentiasa berpegang teguh kepada yang SATU agar rumahtangga kalian sentiasa bahagia kerana Allah..Sekian "

Wednesday, November 3, 2010

CONTEST "ibuayahdamia vacation with kids Giveaway"


Salam sume..akhirnya entry ni melekat juga dlm blog ummi :P
bukan apa, ummi ni payah sikit nak masuk contest..
sebab ummi tak berapa faham sgt dgn selok belok blog nie..hu3..
Ummi sekadar suka-suka jer nak masuk,
kalau ade rezki dari ibuayahdamia..adalahkan..he3
Kalau korang rasa nak mencuba naseb..jomla..
tengok syarat2nyer di blog :

http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/11/ibuayahdamia-vacation-with-kids.html

~ From 1st till 7th November 2010 ~

So..pada ibuayadamia..selamat bercuti yerk!
1st time nieh masuk..ha3



Diam-diam sudah 3yrs :)

Salam semua pembaca tegar blog ummi .. kui3 (perasan plak ummi nie :P)

Hari nie ummi nak ucapkan 'Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yg ke3yrs pd Papa & Ummi sendiri :P .. Kejap je kan masa berlalu.Rasanya baru semalam ummi dgn papa sibuk dok memikirkan persiapan kahwin :) Ok..nanti ummi story sikit tentang 'kami' yerk..Sebab masa ummi buat entry ni ummi kat opis :) (curik2 ms nieh..he3)



Luahan Ringkas Untuk Papa :~
Papa..Ummi panjatkan syukur kpd Illahi
krn Allah telah memberi peluang kpd kita untuk melayari 'Bahtera Cinta',
Syukur ku pd Illahi krn dikurniakan seorang suami sprt kamu,
Terima kasih krn sudi mengambil ummi sebagai 'suri' hidupmu,
Ummi doakan semoga kita bahagia sentiasa bersama-sama
anak-anak tercinta..

(Nota Kaki : Sungguh ummi tengah blurr time nie..al-maklumla 'menumpang' internet orang..ha3)

Tuesday, November 2, 2010

Lagu cinta kami .: Suara Cinta ~ Kump. Mega :.

Suara Cinta ~ Nyanyian : Rahmat,Kump. Mega

Dahulu cinta kita berbunga
Sayang sepenuh nyawa
Di dalam hatiku merindu
Sayang kau tak tahu

Dahulu kita berjanji setia
Tidak akan berpisah
Katamu hanyalah diriku
Buat selamanya

Sehingga kini ku masih sayang
Tapi mengapa kau hilang di mata
Sehingga kini ku masih cinta
Apa pun terjadi tetap setia

Oh kekasih
Dengarkanlah suara cinta dari hatiku
Oh kekasih berpeganglah pada janji
Ya Tuhanku berikanlah petunjukmu pada kekasihku
Moga takdir melindungi cinta kita sepanjang masa

Alangkah bahagia kurasa
Setelah kau insafi
Janganlah engkau mungkiri
Menghiris hatiku



Nota Kaki : Di saat ummi bersedih (selisih faham dgn papa), ummi bersendirian dalam bilik sambil dengar lagu ni.Nangis sorang2..kekadang anak bujang ummi temankan ummi layankan lagu ni :P Apapun yg terjadi dlm perhubungan suami isteri,kami tetap akan melakukan yg terbaek demi rumahtangga & anak2 kami :)

Wednesday, October 27, 2010

Jatuh Cinta kerana Allah atau Nafsu ?

Bismillahir Rahmanir Rahiim.
As-Salaamu Alaikum Wa-Rahmatullahi Wa-Barakaatuh.

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke Syurga dan kenapa ada yang masuk Neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, indah sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari Nafsu dan dari ALLAH.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak langsung pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta
. Dari emel,
surat menyurat, sms, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak ada langsung malu pada orang sekeliling, apa lagi malu pada ALLAH yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan
. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa
. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi !

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan ALLAH. Ia bersebab kerana ALLAH dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan ALLAH. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada ALLAH.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan TUHANnya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa
saja yang bertentangan dengan kemahuan ALLAH. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana ALLAH maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy ALLAH di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu.
Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari ALLAH hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada ALLAH, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari ALLAH, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari ALLAH akan meletakkan ALLAH yang paling tinggi dan utama
. Bila berlaku pertembungan antara cinta ALLAH dengan cinta pada makhluk maka cinta ALLAH dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada ALLAH dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu ALLAH tuntut. Maka kecintaan pada ALLAH itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-NYA walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada ALLAH. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada ALLAH hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan ALLAH tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari ALLAH menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai ALLAH, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh.
Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari ALLAH terhadapnya. Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah ALLAH kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.
Peliknya, bila Zulaikha mengenal ALLAH,
datanglah cintanya pada ALLAH sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada ALLAH. Cinta ALLAH ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada ALLAH akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan ALLAH.
Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya dari ALLAH.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari ALLAH.
Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas ALLAH pada kita. Sehingga ALLAH izinkan makhluk-NYA yang lainnya cinta pada kita. Walhal ALLAH boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau ALLAH mahu.

ALLAH yang menciptakan kita makhluk-NYA, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-NYA ataupun masa kita lalai, tetap diberi-NYA nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan ALLAH pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat ALLAH, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa ALLAH dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian ALLAH itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, ALLAH boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada ALLAH. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari ALLAH. Cintanya tertumpu pada ALLAH, dan penyerahan diri pada ALLAH sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada TUHAN ada hamba ALLAH yang berkata, “Wahai TUHAN, aku mencintai ENGKAU bukan kerana takutkan neraka-MU. tapi kerana Zat-MU, ya ALLAH. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-MU.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan ALLAH.
Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta ALLAH sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada ALLAH nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan ALLAH pasti berbalas. Dan ALLAH tidak membiarkan orang yang dicintai-NYA menderita di akhirat.”

Maka seorang yang bijaksana dan beradab mulia akan meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-NYA. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada ALLAH swt yang patut kita letakkan. Subhanallah Wa Bihamdih.


Nota Kaki : Maaflah sekiranya sejak kebelakangan ni blog ummi agak membosankan.Ummi sekadar ingin berkongsi hadis & sunnah di blog.Biar anak-anak ummi dapat membacanya suatu hari nanti.Insya-Allah, ummi akan berkongsi cerita yg best suatu hari nanti.Masih 'merangkak' untuk mencari mood yg sesuai :P


Friday, October 22, 2010

Khasiat Surah Al-Fatihah

Salam semua..selamat petang..hiksss..skema la pulok.Ni nyambil-nyambil buat keje :P So,jgnla jeles la erk..Tadi ummi dok belek blog ibuayahdamia, try search frens list blog kwn ibuayahdamia.Ummi rasa tertarik dgn satu blog nie,iaitu mama3H..he3..tertarik dgn post nie.So,ummi nak kongsila dgn kengkawan.Ilmu sempena hari Jumaat :)

1. AL-FATIHAH Baca 14x sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2.AL-FATIHAH Baca 41x tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman.

3.AL-FATIHAH Baca 7x dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur : Kepada orang berpenyakit mental.

4.AL-FATIHAH Baca 3x tiup dalam segelas air-minum & baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit : Sakit yang keterlaluan.

5.AL-FATIHAH Baca 7x dan sapu ke atas kepala: Bayi yang suka menangis pada malam hari @ pada bila-bila masa.

6.AL-FATIHAH Baca 3 @ 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

Suka Diingatkan : BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH ~ Buatlah sebanyak 3x Jumaat berturut-turut : Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).


AWET MUDA (dalaman dan luaran)

Zikir ~ Ya Badiyah (1x), Ya Nur (1x), Ya Hadi (1x), Ya Allah (3x) : Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.

Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38) : Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman.

Nota Kaki : mama3H..ummi mohon ampun ya..sebab copy paste mama3H punya post :) (
pls senyum mama).Salam perkenalan dari ummi yerk.

Ummi sekadar ingin berkongsi 'Ilmu Agama' kpd pembaca blog ummi yg tak seberapa nieh :)

Wednesday, October 20, 2010

InsyaAllah akan berblogging lagi

Salam semua..Alahai rindu rasanya nak berblogging lagi.Tapi keadaan yang tidak mengizinkan.Sejak pemergian arwah ibu mertua ummi,rasa macam down sgt2. So, ummi harap kengkawan blogger ummi faham yerk. InsyaAllah ummi akan cuba bmencari keceriaan di dalam blog ummi nie.Kita jumpa di laen story yerk :)

Sunday, September 5, 2010

Telah Kembali Ke Rahmatullah

Salam Ramadhan sumer..Alhamdulillah..ummi telah sampai ke rumah ummi sendiri. Ummi baru pulang dari kampung papa. Setelah selesai urusan pemergiannya ibunda mertua tercinta. Rasanya baru semalam bercerita,bergurau dengan mak..

31hb August 2010 bersamaan 21 Ramadhan 1431H
Ummi sekeluarga telah berangkat untuk menziarahi ibunda mertua yang terlantar di hospital. Penyakit beliau semakin parah.Tapi kami semua berharap beliau akan sembuh seperti sediakala.Walaupun kami sedar,hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.Sebelum kami sekeluarga pergi ke hospital, kami pulang ke rumah mertua dulu.Kemas apa-apa yang patut,maklumlah sejak ibunda sakit rumah tidak terurus lagi.Ummi dgn ibu ummi memasang langsir.Takut tak sempat nak pasang raya nanti.Ayahanda mertua telefon suruh datang ke hospital segera.Bimbang apa-apa akan terjadi.Jadi kami segera ke hospital.Setelah kami sampai di hospital.Kami sungguh terkejut dengan keadaan mak.Ya Allah,kasihannya ibunda mertuaku.Sungguh besar ujianMu pada ibunda mertuaku. Mak celik mata,gembira melihat anak-anak disekelilingnya.Gembira melihat aku hadir disisinya.Aku picit kakinya,picit tangannya yang bengkak dek kerana cucukan jarum untuk masukkan gula & air.Ya Allah,hanya Allah saja yang tahu perasaanku ketika itu.Sungguh sejuk kakinya..tangannya..Aku berdoa agar mak sihat seperti dulu.Melihat keadaan mak sebegitu,kami sepakat adik-beradik papa menelefon adik ipar yang berada di Sawarak untuk pulang.Tak sanggup lagi kami berahsia dengan adik ipar.Alhamdulillah adik ipar sempat cari tiket untuk pulang ke Johor.Tengah malam adik ipar sampai ke Johor.Terus terjah ke hospital untuk melihat keadaan mak.Sungguh terkejut dengan keadaan mak.Marahkan kami adik-beradik kerana menyembunyikan hal sebenar.Maafkan kami dik, kami terpaksa..ini semua kehendak Abah kerana tidak mahuh mengganggu pelajaranmu.Begitu juga dengan mak,tidak mahu kamu risau.

1hb September 2010 bersamaan 22 Ramadhan 1431H
Papa telefon ummi beritahu mak semakin tenat.Sekali lagi kami diuji.Papa selesaikan urusan kerja, begitu juga dengan ummi.Kami terpaksa ketepikan hal kerja.Kami tergesa-gesa pulang ke kampung terus terjah ke hospital.Ummi sungguh terkejut dengan keadaan mak.Sungguh tenat,kami semua adik beradik berkumpul di sisi mak.Bimbang akan terjadi sesuatu.Telefon sedara-mara untuk melihat keadaan mak.Doakan mak,agar mak akan sembuh.Aku selaku sebagai kakak ipar yang sulung, menyuruh adik-adik ipar membacakan surah yassin untuk mak.Semoga Allah permudahkan segala urusan.Dalam hati kami sekeluarga,masih adakah harapan mak untuk teruskan hidup?Hanya Allah yang tahu.Tapi masa tu,ummi dapat rasakan mak akan 'pergi' selama-lamanya.Sebab seluruh anggota badan mak da sejuk sangat-sangat.

2hb September 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431H
Jam 3.20am..adik ipar perempuan telefon papa beritahu segera ke sisi mak.Sebab masa tu ummi dan papa tidur sebentar untuk hilangkan pening kepala.Pabila kami melangkah masuk ke ward mak..Tepat jam 3:25am..mak telah kembali ke rahmatullah..Sayunya hati ummi..Alhamdulillah mak sungguh tenang menghadap Illahi.....

Wednesday, August 25, 2010

Tangan Dok Gatai Tukar Template

Salam..Selamat berbuka yerk kengkawan.Saat nie ummi masih di ofis lagi,nak siapkan keje2 yang terbengkalai.Bukan pe sok pepagi takmo gesa2 buat keje. Sepatutnya ummi bole siapkan tadi.Tapi disebabkan ummi kena runner kejap, tu yang terbantut.Pastu HOD tau siap jerk.Tak tau masalah keje kite macam ne.Kadang-kadang geram juga.Mereka-mereka terlalu pentingkan diri sendiri.Ummi da 3 tahun keje kat sini.Tapi rasanya tahun ni tahun terakhir kot ummi akan berkhidmat di sini.Sepertinya perkhidmatan ummi tidak dihargai.Sedey sangat.

Ok, berbalek pada tajuk di atas.Ummi boring sangat asek menghadap keje jerk, tangan ni gatal nak tukar template.Pe lagi..godeh-godeh la..Bolehla..Janji sedap mata memandang.Ummi maseh belajar untuk mengupgradekan blog kesayangan ummi.Sebab,sejak kebelakangan nie idea ummi mencurah-curah.Ummi tidak akan melepaskan peluang.InsyaAllah ummi akan cuba story-mory yerk..Pelan-pelan ummi kayuh..

Nota kaki : psssttt...jangan rasa saket ati yerk dengan perubahan yg ummi lakukan di blog nieh..ahaksss..ngengada jerk kan ummi ni :P

Bapa sembelih anak 3tahun

(Nak..wajahmu meruntun hatiku sebagai seorang ibu.Sayu sungguh wajahmu..)

Salam semua pembaca blog yang tak seberapa nieh. Alah bese-bese jerk. Walhal ummi dah dapat award dari AuntieTieha . Thanks laling. Hari nie ummi nak kongsikan cerita pasal gambar di atas tuh. Apa anda rasa semua? Geram? Marah? Mau je maki ayah Allahyarham Adam tuh. Tapi disebabkan ada penyakit keturunan,anak jadi mangsa.

First ummi tengok gambar Allahyarham Adam nie,alahai chubbynyer die.Cutenyer die.Ummi suke sangat tengok budak-budak chubby mcm nie.Geram dibuatnyer.Kawan-kawan bole klik Allahyarham Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin.

Nota Untuk Allahyarham Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin :
Walaupun ummi bukan ibu kandung kamu,ummi dapat rasa akan perasaan ibu kamu.Betapa pahit untuk menelan kehilangan kamu.Kamu sangat comel,bijak.Semoga kamu damai diSana Nak..Ummi doakan kamu berbahagia diSyurga.Ditemani bidadari.Allah akan sentiasa menjaga kamu diSana.Tempat kamu bukan didunia Nak,tempat kamu diSana.Kalau jumpa 'anak' ummi,sampaikan salam sayang ummi pada 'anak' ummi yerk..Ummi rindu sangat dgn 'dia'..Al-Fatihah..amin~

Aku Selfish kew?

Salam pembuka bicara..Tajuk kat atas tak bole tahan..he3..Kenapa erk? Sejak kebelakangan nie ummi asek nak marah2 jerk.Tapi ummi marah2 bersebab. Bukan senang nak tengok ummi marah2.Susah tau..

Baru-baru ni ummi ada terasa hati sket dgn kawan baek punya officemate.Selama ni ummi diam jerk.Tapi ummi takmola citer panjang-panjang.Just luaran jerk ummi citer.Ummi terasa dgn die sebab pe tau, satu je yang ummi tak berapa berkenan dengan die.Die selfish..So tajuk di atas tu salah la yerk.Bukan untuk ummi.Tapi untuk 'budak tu'.Budak tu da lama bersahabat baek dgn officemate ummi.Tapi ramai yg tak berapa suke dgn dier.Sebab asek nak jaga perasaan die jerk.Pergh!! Kalo ummi dapat kawan mcm tu..bye..bye jela.Buat pe nak kawan dgn org yg terlalu pentingkan diri sendiri kan. Sebagai sahabat perlu ada :-
  • Sikap jujur dan ikhlas (kena ikhlas,jgn depan ckp laen.belakang kata laen)
  • Redha dgn apa yg berlaku (terima hakikat,yg sahabat anda tu bukan milik anda s'org)
  • Bersikap terbuka (tu pasti,kena terima pandangan org laen juga.Jgn pk perasaan sdri jerk)
  • Jaga MARUAH sahabat sendiri (Ini yg paling penting.Kalo org mgata sahabat baek kiter.Kiter diam jer.KIta siasat dulu.Jgn menuduh melulu jerk.Sbb ummi da penah kena sendiri)
Kalau ikutkan banyak lagi yang ummi kongsikan.InsyaAllah ummi akan cuba kupaskan tentang sahabat ni. Setakat ni sahabat yang paling serasi dgn ummi adalah IbuAdam.

Kami sering berkongsi cerita suka duka.Dari ummi masih bujang sampailah masing2 dah ade anak sorang.Yang bestnyer,anak pun lahir tahun yg sm.Bezanyer Muiz keluar dulu.Ummi rasa bahagia sgt dpt sahabat mcm IbuAdam.

Nota Kaki : IbuAdam,anda telah berjaya mengembalikan kepercayaan kpd diriku untuk bersahabat kembali.Dahulu aku pernah kecewa dgn sikap sahabatku sendiri.Dek krn percayakan kata-kata orang.Kau susah payah mendegar keluhanku,deritaku,sengsaraku walaupun kita berhubungan dengan jarak jauh.Ku terlalu menghargai kamu.


Tuesday, August 24, 2010

Selamat Pengantin Baru Utk ~Thalhazlin~

~ 24hb Julai 2010 = Sah bergelar suami isteri ~




Salam semua..dan selamat malam..he3..seben
arnyer entri kali ni da lama ummi nak masukkan dlm blog ummi yg tak seberapa nieh.Al-maklumlah,ummi tak sempat nak bergambar dgn pengantin.Masa ummi pegi ke rumah pengantin perempuan, pengantinnyer belum siap lagi.Kebetulan masa tu,ummi banyak lagi majlis nak pegi.So kenalah bagi-bagikan masa.

Kepada Kak Thalha & En. Hazlin, rasanyer masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT PENG
ANTIN BARU kepada anda berdua. Semoga kalian sentiasa sabar dan tabah dalam menempuh dugaan dari Allah.Dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah..amin..

Nota : Kak Thalha, maafkan saya krn telah 'mencuri' pic akak di atas dr blog akak.Bukan pe, nak simpan buat kenangan dlm blog sy.Maklumla,hari tu xdapat amek gambar dgn akak :(

Monday, August 23, 2010

Ntah pape jerk..Boring + Stress

Salam semua..ummi sekarang dlm mood kurang baek.Tak tau nak mula cerita mcm mana.Ummi rasa mcm nak jerit pun ada.Susah erk kalau kite da tolong orang tapi tak reti bersyukur.Kesian ayah dan ibu.Aku yang rasa sedih.Kadang-kadang nak sound tak best plak.Teringat plak diri hanya orang luar.Tapi ye la,kenala bersabar dengan melakukan sesuatu.Bukan sekali berubat terus baekkan.

Ummi sebenarnya nak je story kat blog nieh.Tapi bila memikirkan akan membuka aib orang.Ummi pendamkan je la.Cuma ummi akan story mana yg mampu.Bukan apa,ummi rasa tak patutla buat camtu kat my parents.Ibu pun stress jadinya.Ummi yg hari2 dok menghadap pun tension giler.Sampaikan ummi sanggup dok memerap dlm bilik.Sanggup tau...tak tengok tv pun takpe.Naseb baekla ummi ade lappy dan broadband.Kalo tak,mau ummi terus membuta.Ummi sejak minggu kedua puasa, badan ni rasa kurang sihat.Asek nak memarah jerk.Selera makan pun kurang.Minum air sekadar yang mampu jerk.Ntahlah kenapa.Ummi sendiri bingung.Adakah ummi...?Erm..da tak nak mengharap lagi.Kalau ade rezki kami,kami sgt bersyukur.

Friday, August 20, 2010

Kami Redha Dgn Ujian-MU

(Ummi,Muiz bersama ibu mertuaku saat sihat ~ raya 2009)

(Keluarga HelJulieMuiz bersama-sama nenek ~ raya 2009)


Salam Ramadhan Al-Mubarak kpd pembaca blog kesayangan ummi.Lama sgt ummi tak updated.Banyak cerita yang ingin kongsikan di blog ni, sebagai kenangan kami sekeluarga.Tak sempat ummi nak cerita pasal anak bujang ummi sorang tue.Ummi akan cuba perlahan-lahan remind balek cerita-cerita ummi..
1st,di bulan yang baek lagi Al-Mubarak ini..kami sekeluarga sedang diuji oleh Allah. Tapi kami harus kuat menghadapi,kami tidak mahu menunjukkan sebarang kesusahan kpd orang-orang disekeliling.Kami akan cuba berusaha menyelesaikan masalah yg melanda keluarga mertua ummi.Ummi nak ucapkan bebanyak terima kasih kpd family ummi krn sanggup berkongsi kesusahan yg ummi tanggung.Tapi sebenarnya menanggung kesusahan itu adalah ibu mertua ummi.Simpati sungguh melihat keadaan sebelum dia sehat kembali.Tak sanggup kami melihat keadaannya yg sungguh susut.Sampai hati 'manusia kejam' itu. Ya Allah,sesungguhnya hamba-hambaMu ini adalah seorang manusia biasa.Yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan.Tapi kami hanya mampu berserah padaMU.Hanya Engkau yang mampu membalas perbuatan mungkar yg 'Dia' lakukan kpd ibu mertuaku.

Nota untuk ibu mertuaku : Mak,walaupun iem bukan darah daging mak..Iem sanggup lakukan apa sahaja,asalkan mak sihat seperti sediakala.Iem rindu ikan keli goreng hasil air tangan mak. Iem rindu gelak tawa mak,yg setelah sekian lama menyepi.Iem rindu bila raya,mak buatkan iem kek gula hangus.Iem rindu tu sumer.Muiz pun rindu nak bermain nenek. InsyaAllah,jika iem ade rezki iem akan bawa mak pegi ke Tanah Suci Allah.

P/s : Terima kasih kpd kengkawan ummi & papa yg sudi memberi sokongan kpd family kami.Semoga Allah saja yg membalas jasa kalian.amin~


Wednesday, August 11, 2010

Saturday, August 7, 2010

Muiz turn 2years :P


Salam semua..kejap jerk masa berlalu.Diam tak diam da 2tahun anak bujang ummi sorang tuh.Rasanyer, masih terasa lagi kesakitak nak bersalin tu.Hari nie ummi bole bw kete,esoknyer ummi bersalin..Mana Muiz tak lasak, ummi die ms preggy dulu..lasak giler..ha3..alamak..tetiba ummi kekeringan idea..

Nota utk Muiz : Muiz, ummi rasa bahagia sgt bila kamu keluar dari rahim ummi.Ummi rindu bila Muiz dlm perut ummi.Kamu nakal ms dlm perut.Asek buli ummi jerk.Ummi tau,kamu teringin nak adek.InsyaAllah,ade rezki pasti Allah izinkan.Muiz jgn nakal2 yerk..Dengar kata papa & Ummi..jadilah anak yg sholeh. Berjaya dunia akhirt..


Wednesday, July 28, 2010

Panjang Umurku :)

~ Memories sambut bufday awal on 17.7.10, thanks for officemate & bos :) ~

Syukur padaMU Ya Allah..Kau masih lagi memberi ku ruang untuk bernafas di bumiMU ini. Aku bersyukur sangat. Tiada apa yang harus ku minta sempena ulang tahun ku yang ke 26tahun.Aku tidak merasa malu dengan usiaku.Usia hanyalah angka bagiku.Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah..

Orang pertama yang bagi ucapan tentulah suamiku yang tercinta, terasa syahdunyer..tepat jam 12mlm tadi "Selamat Hari Jadi Sayang", sambil mengecup dahiku..Terima kasih sayang..Tiada apa yg ku pinta, hanya kejujuran dan keikhlasan kasih sayang darimu..Seterusnya sms dari adik2ku..Terima kasih adik2ku dan bakal adik ipar..

Hari ini aku mengambil cuti,bukan sempena hari jadiku..tapi kebetulan Muiz ade temujanji dgn nurse di Klinik Tampoi.Jadi, sambil menyelam minum air..he3..Ummi baru je membalas comment2 dari sahabat handai di laman Facebook ummi.Pergh..satu-satu reply.Tu yang lambat ummi nak buat ucapan kat blog sendiri..he3..Pherasan la pulak..hu3

Doaku : Bismillahirahmanirrahim..Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..Aku berlindung ke atasMU,Berkatilah kehidupanku.Limpahkanlah kepadaku rahmatMu.Teguhkanlah keimanan kepadaku. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kurniakanlah aku seorang lagi zuriat agar rumahtangga ku bertambah ceria.

Lindungilah keharmonian rumahtanggaku.Jauhkanlah dari segala bencana dan hasutan syaitan.Aku sesungguhnya adalah hambaMu yang sangat lemah.Kadang2 tewas dgn bisikan syaitan.Ya Allah,jauhkanlah perasaan amarahku dari semua insan yang mendekatiku.Siramilah hatiku dengan kesejukan agar aku bisa menghadapi ujian dgn tenang..
Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk memperbaiki diriku.Murahkanlah rezeki kepadaku,agar aku bisa membantu insan2 yang memerlukan..
Amin Ya Robbal A'lamin..

SELAMAT HARI JADI KEPADA DIRI SENDIRI :p

Sunday, July 4, 2010

Short update

Salam semua..nampaknyer ummi semacam da mungkir janji..ha3..busy la sgt..bukan pe. Adik ipar dok umah 2malam,so die jela yg guna brukbang ummi nieh. Ummi tak bkesempatan langsung,hu3..

Ok..ummi akan story one by one yerk..

Thursday, July 1, 2010

~ Launching Broadband ~

Syukur Alhamdulillah,
akhirnya..ummi dapat memiliki sendiri
broadband ;P
So..lepas nie bolehla updated blog
kesayangan kami nie..hiksss

Monday, June 28, 2010

~ Melayang $$ ~

Salam semua..
Tadi baru hantar lappy Pak Ngah
di kedai computer,
Hari tu officemate ummi nak tolong,
sekali die takde masa plak,
ummi try la antar di tempat company selalu
service computer,
Memang lappy tu kena format pun,
katanya windows nye kena corrupt,
waduhhh..naseb baek cuma format balek,
kalu hard disk rosak..motherboard rosak...
mau parah kena $$$ +++
naseb baek cuma kena $$ jerk ;P
So ummi suggest kalo ade member2
nak betulkan pc or lappy,
bole la jengah ke kedai nie :
DOMAIN COMPUTER & SOFTWARE SDN BHD
No.15, Jln Sri Perkasa 2/18
Taman Tampoi Utama
81200 Johor Bahru, Johor
07-241 2333(T) 07-241 2275

Friday, June 25, 2010

~ Lappy kena format ~

Salam semua..
Ummi baru nak updated story2
yang tertunggak,
sekali lappy Pak Ngah Muiz 'blank' da,
Nampaknye kenala format lappy Pak Ngah tu,
Bila lappy da ok ummi sambung story lagi yerk..
Daaaaaaaaaa...

Wednesday, June 23, 2010

Korang percaya tak nieh..he3P

Jom layan picas papa dan ummi masa zaman bercinta dan zaman bertunang yuk.. Nak ketawa silalah..nak muntah pon takpe..ha3

Sekitar tahun 2006 : Di halaman rumah papa, Seri Medan,BP

Tahun 2006 : Sekitar Bandar Batu Pahat [kelakarkan muke ummi..]

9.4.2006 : Majlis Pertunangan Papa & Ummi [ms nieh ummi mekap sendiri tau..]


Sekitar tahun 2003..kalau tak silapla..
KURUSKAN ummi ms nieh..bilala ummi bole camni lagi..ha3

Ni pic album fav ummi, siap ade date first date lagi..he3..

Oklah..setakat ni picas ni dulu..next time ummi akan open almari berhabuk tu lagi.

Tapi double la amek picas2 tuh..maklumla dulu amek picas guna kamera filem.

Sekarang jerk baru canggih..

Ni dok berangan nak DSLR plak..

untuk bisnes suatu hari nanti..InsyaAllah















Taraaa..Macam mana dengan blog ummi yang baru nie..he3..Ummi saje je nak tukar angin. Dah bosan dengan template lama.So serve internet, dapatla yg ni menarik perhatian ummi. Tapi ni still under construction lagi..ha3..masih banyak lagi yang perlu diperbaiki lagi. Jumpa lagi! Tengok gambar selingan dua beranak nie erk..ha3


~ BLOG INI UNDER CONSTRUCTION ~

Salam semua..
nak annouc nieh..
blog ini under construction.
So jangan pelik knp
blog ummi mcm serabut..he3..
Maaf yerk !

Saturday, May 22, 2010

'KAU' jgn hina keturunan aku!!

Salam semua..mesti korang semua tertanya dengan title kat atas tuh..Ummi ngah geram dari semalam. Rasanya ummi patut luahkan di blog kesayangan ummi nie.
Apa yang patut ummi lemparkan kepada orang tuh ialah 'BIADAP'. Aku tak penah sentuh tentang keturunan KAU. Aku tak penah hina keturunan KAU. Walaupun KAU berperangai 'BURUK' tapi aku tak penah pertikaikan perangai KAU.KAU tu dah la jadi bapak orang, tapi perangai masyaAllah..budak-budak opis pun perangai camne..Ok..aku tak nak panjangkan citer tentang perangai KAU tuh.
Untuk pengetahuan KAU...memang keturunan aku dari seberang. Tapi mak bapak aku tak pernah mengemis dengan orang-orang disekeliling untuk meminta sesuap nasi atau nak kaya cepat. Aku puas merasa kepayahan mak bapak aku. Keluarga aku tak pernah menyusahkan orang-orang. Orang-orang je yang suka menyusahkan keluarga aku. Tapi masa aku kecik, bolehlah aku adik beradik berdiam diri. SEKARANG, TIDAK LAGI!! Kami adik beradik sudah besar panjang. Tahu mana buruk mana baik. Kalau orang-orang sibuk mengata keluarga aku, aku akan jawab..sedar diri sikit. Jaga keluarga sendiri. Memang adik-adik lelaki ku nakal2, tapi usia makin matang mereka semakin bijak bermain dengan kehidupan. Bukan nya merosakkan sesiapa pun. Kenapa KAU perlu menyibuk. Selama nie pun aku tak pernah jumpa KAU sebelum aku kerja di sini. Tapi semalam KAU betul2 menghiris perasaan aku. KAU tak layak hina keluarga aku. KAU TAK LAYAK!!!
HEY, JANTAN..KAU JANGAN GANGGU,
JANGAN HINA, JANGAN CACI LAGI
KELUARGA AKU Y ANG SUCI..
KAU MEMANG TAK SEDAR DIRI,
KAU JANGAN INGAT AKU TAK TAU
PERANGAI MENYUNDAL KO TU..
BINI KO INGAT KO BAIK2 JERK!!
KEPALA HOTAK KO LA!!
GERAM AKU...
KELUARGA AKU SUCI HOKEY!!
KELUARGA AKU BAHAGIA!!
KO TU TAK LAYAK DIGELAR
AYAH @ SUAMI YG BAIK!!
TAPI AYAH AKU TETAP
YANG TERBAIK DLM KELUARGA AKU

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day ~ 2010

Salam semua..rasanyer masih belum terlambat untuk ummi wish 'Happy Mother's Day' kepada ibu-ibu diseluruh dunia. Pejam celik dah hampir 2 tahun ummi menjadi ibu kepada Muhammad Muizzuddin Bin Hairuddin. Masih terasa lagi kesakitan melahirkanmu wahai anakku. Tapi kesakitan itu hilang setelah ku melihat wajahmu.


Luahan hati untuk ibu ku,
Ibu..ku ucapkan terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia. Kini baru ku tahu akan kesakitanmu semasa melahirkan ku. Ibu, aku tahu akan kepayahanmu. Dirimu terlalu banyak berkorban untuk keluargamu. Kau bijak menguruskan urusan rumahtangga. Kau bijak menyembunyikan kepayahanmu. Kau pandai membahagiakan kami anak-anak. Ibu, tiada lain yang ku ucapkan..Selamat Hari Ibu..terima kasih ibu kerana sudi menjaga ku ketika ku di dalam pantang..

Luahanku untuk anakku,
Muiz..terasa hilang kesakitan ku semasa melahirkanmu. Betapa seronok ummi membawa dirimu di dalam perut. Ummi tidak akan menyesal melahirkanmu. Ummi bahagia melihat keletah kamu. Muiz..ummi sayang sangat-sangat kamu!






Friday, May 7, 2010

~ Happy Birthday Pak Ngah Yg ke 23thn ~

Salam sayang semua..Hari nie genap Pak Ngah Muiz [adik ummi] yg ke 23 tahun.Kejap je masa berlalu.Pak Ngah Muiz nie still study amek Dip di Poli Shah Alam.Pertengahan June ni abis pastu keje kot..he3..Di kesempatan ini..ummi nak selitkan ucapan untuk Pak Ngah,

Happy Birthday Pak Ngah..semoga dimurahkan rezeki
cepat cari keje..boleh bantu Kakek dan Nenek Muiz..he3
Dah keje bole la kawen..hikss..
Muiz nak cousin cepat2..ha3

Sunday, April 11, 2010

~ Surirumah sepenuh masa? ~

Salam bicara dimulakan..erm..sekarang ummi tengah menanti papa pulang dari keje. Beginilah rutin ummi di hujung minggu. Sejak papa bekerja sebagai mekanik di Perodua, masa kami terhad untuk bersama and nak berjalan. Ye la kalau hari sabtu, papa fulltime. Nak tak nak ummi kena bawa Muiz berjalan2 tanpa papa..sob3...
Mengenai title di atas tuh..da 2minggu ummi bercuti. Rasanya macam malas jerk nak naek keje. Maklumlah ummi dah takde mood nak berkeje disitu sejak insiden rabu yang lepas. Sakit hati tak hilang lagi nieh. Ummi rasa naek keje macam nak letak notis benti keje sebulan. Pastu ummi nak dok umah jaga Muiz. Sambil tuh ummi ade planning untuk buat bisnes dari rumah. Tapi ummi ngah terfikir bisnes apa yang dibuat erk. Ummi ade kemahiran dalam andaman, memang ummi akan buka andaman sendiri. Tapi ummi perlu hadiri kursus untuk memahirkan diri ini..he3.... Sementara ummi masih belum mengandung, baek ummi manfaatkan masa yang ada nieh. Ummi plan bila da mula mengandung, ummi dah tak mo buat keje2 berat and tak mo stress2 macam ummi peknen kan 'adik' Muiz dulu..Ummi nak relax2 jerk..Ummi rasa tahun depan ummi akan menambah bilangan anak ummi..hiksss..Semoga Allah permudahkan niat ummi itu..
Tapi memang seronok duduk rumah layan Muiz..selama nieh nenek die jerk yang layan. Nieh bila ummi duduk umah..Muiz bukan manja lagi dgn ummi..Nanti ummi akan cari masa yang sesuai untuk resigned ye sayang..he3..Semoga rezeki kami sekeluarga akan melimpah ruah dan tidak lupa untuk bersedekah...

~ Pada Mu Ku Bersujud # Afghan ~

PadaMu Ku Bersujud ~ Afghan
Ku Menatap Dalam Kelam
Tiada Yang Bisa Ku Minta
Selain hanya Nama MU YA ALLAH
Esok Ataukah Nanti?
Ampuni Semua Salahku
Lindungi Aku Dari Segala Fitnah
KAU Tempatku Meminta
KAU Beriku Bahagia
Jadikan Aku selamanya
Hamba MU Yang Selalu Bertaqwa
Ampuniku YA ALLAH
Yang Sering Melupakan MU
Saat KAU Limpahkan Karunia MU
Dalam Sunyi Aku Bersujud


Salam pemula bicara..Saat ummi menaip coretan ini..Papa and Muiz sudah diulit mimpi. Ummi tak bole lelap mata. Tak tahu kenapa. Hari ini genap 2minggu ummi kehilangan 'bayi' yang dikandung selama 3bulan 2minggu. Ummi redha dengan ujian Allah. Ummi terima dengan ketentuan Nya. Mengenai lagu di atas, ummi terdengar di dalam cerita 'Tiupan Sangkakala' di TV3 tadi..Lakonan Rita Rudaini and Eman Manan. Memang menginsafkan. Ummi berpesan pada diri sendiri, jauhkanlah dari sikap begitu. Ummi tak sanggup melihatnya. Berdosa besar kita perlakukan ibubapa dan suami sebegitu.
Lagu nyanyian Afghan, 1st ummi dengar masa 2tahun yang lalu. Masa tu ummi dalam pantang. Ummi suka tengok drama (sinetron) di siaran Indonesia. Masa tu bulan ramadhan, kira ummi dah bole berjalan sket..tapi ke rumah nenek Muiz jerk. Sebelum berbuka puasa, ada satu drama nie..Tajuk die..Annisa..cerita mengenai kehidupan manusia yang sentiasa di uji Allah. Tapi hambaNYA senantiasa sabar menempuh dugaan dari Allah. Drama2 indonesia waktu bulan puasa memang best2. Banyak cerita mengenai keinsafan..Sebab tu ummi suke sangat dan tenang jerk dengar lagu nie...