Wednesday, June 24, 2009

# 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga ~ Ep.1 ~


Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog kesayangan ku ini ‘heljuliemuiz’..
Baru-baru ini aku ada membeli salah satu majalah kesayanganku iaitu Majalah Nur Edisi Julai 2009 (PP1897/08/2009(021775). Jadi aku ingin berkongsi dengan kalian tentang 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga yang sering berlaku dalam setiap rumahtangga. Dari pengalaman aku selama hampir 2tahun mendirikan rumahtangga adala juga salah faham. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran aku dapat atasinya.. Ok mari kita lihat 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga dan aku harap boleh dijadikan panduan kepada pasangan suami isteri yang bekerja :-

1. ISTERI TUKANG CUCI. Para suami ingatlah bahawa isteri bukan tukang cuci. Bagi pasangan yang bekerja, fahamlah apabila pulang ke rumah anda berdua pasti keletihan. Jadi bekerjasamalah menguruskan rumah. Jangan hanya melepaskan kepada isteri sahaja. Sekiranya berlaku penat, biarkan sahaja jangan mendesak atau membuat pelbagai permintaan kepada isteri.

2. ISTERI TUKANG MASAK. Sedarlah isteri bukan tukang masak. Sewajarnya isteri diberi peluang untuk memasak tau tidak. Suami harus berterima kasih kepada isteri yang memasak untuknya. Ringan tangan membantunya @ sekurang2nya ambil tahu keperluan dapur dan jangan bergantung sepenuhnya kepada isteri. Jangan pandai mengkritik sahaja. Jika tahu sama2 sibuk dan tidak sempat memasak, beli sahajalah.


3. ISTERI TUKANG BASUH PUNGGUNG ANAK. Tugas ini bukan kerja isteri sahaja, suami juga perlu tahu melakukannya. Jangan beri alasan geli atau tidak biasa kerana alasan itu tidak boleh diterima memandangkan anak adalah tanggungjawab anda berdua. Jadi suami harus belajar menguruskan anak lebih2 lagi ketika kecemasan.


4. ISTERI KE PASAR. Sudah menjadi lumrah isteri yang perlu ke pasar. Suami selalu memberi alasan malas kerana tidak selesa, kotor dan terlalu banyak barang yang nak dibeli. Tugas ke pasar adalah kerja bersama. Sekiranya isteri tidak sempat ke pasar, sepatutnya suami mengambil tugas berkenaan.


5. ISTERI LEBIH TAHU. Setiap kali anak sakit, isteri yang selalunya bertanya itu ini kepada doktor mengenai kesihatan anak, sebaliknya suami hanya berdiam diri. Kononnya isteri lebih arif mengenai anak. Sepatutnya suami dan isteri sama2 bertemu doktor bertanya keadaan anak mereka.


6. ISTERI LIPAT KAIN. Melipat kain adalah kerja yang remeh bagi sesetengah orang. Bagi isteri yang bekerja, adakalanya tugas ini tidak sempat dilakukan dan menyebabkan kain bertimbun tanpa dilipat. Jadi suami harus faham dan membantu isteri melakukannya tatkala isteri sedang melipat kain. JANGAN PANDANG SAHAJA!!


7. ISTERI – pengorbanan. Lumrah isteri sering berkorban? Adakah ini benar? Sebenarnya ikatan sebuah perkahwinan menuntut pengorbanan kedua2 pihak dan ia sepatutnya adil. Sebagai contohnya sambutan perayaan. Buatlah jadual giliran agar memuaskan hati semua.


8. ISTERI KEJUTKAN SUAMI. Salah satu tugas isteri adalah mengejutkan suami dari tidur. Tiada salahnya jika suami kejutkan isteri sekiranya isteri keletihan. Apa kata ringankan tulang untuk bantu isteri uruskan anak2 di waktu pagi.


9. ISTERI PERLU BERALAH. Isteri selalu beralah atau bertolak ansur. Sepatutnya suami dan isteri sama2 mengalah agar tiada siapa menang @ kalah. Kedua2 harus timbang rasa dan bertolak ansur. Jangan kerana mempertahankan ego sebagai suami, anda meletakkan semua beban kesalahan pada isteri. Adakalanya suami juga harus mengalah.


10. ISTERI MEMBEBEL. Berleter sinonim dengan isteri. Bagaimanapun tidak semua isteri suka berleter dan kalau ya pun, adakalanya disebabkan suami. Suami juga apa kurangnya ada yang kuat membebel. Namun hati2 jangan sampai mengeluarkan kata2 tidak baik kerana ia menjadi racun dalam rumahtangga......


Opss...terberhenti plak..sebenarnya ada lagi 20 Salah Faham Rumah tangga nie.. Next time, aku akan entry lagi pasal nie. Ok...daaaaaaaaaa

Saturday, June 20, 2009

BILA DISAHKAN MENGANDUNG!!


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ...
I’m back again .. Erm..sebenarnya dah lama aku nak kongsikan citer pasal mengandung nie. Cuma aku tak b’kesempatan jerk. Maklumlah, nak entry kat office line tak clear sgt. So, t’paksala aku tunggu Angah aku balik dari b’cuti semester..Pe lagi aku pinjamla laptop die. Aku belum mampu lagi beli laptop..Insya Allah jika ada rezeki pasti akan ku miliki jua. Maklumlah..aku kan nak promote bisnes andaman aku.

Ok berbalik kepada tajuk d’atas..BILA DISAHKAN MENGANDUNG!! Oh My God..Syukur Alhamdulillah..Rezeki untuk menerima cahaya mata awal!! Aku & hubby memang tak jangka akan memiliki cahayamata s’awal tu. Aku masih ingat lagi tarikh nie..21hb Dec 2007..Aku buat ‘pregnancy test’ di Klinik Pro-Care Tampoi Utama..Rasa mcm tak percaya jerk doktor tu ucap tahniah..Pergh!! Pe lagi..happy sesangat!!! Kalau tak silap aku kandungan aku masa tu da 6minggu...So kandungan masih baru lagi..jadi kena jaga kandungan..Maklumla mcm2 bole b’laku..Aku apalagi..cepat2la bagitau Ibu Adam yang aku pregnant.Suke die...... tumpang gembira..Bila kandungan aku da menjangkau minggu ke-8 (8hb Jan ’08) aku pergi ke Klinik Kerajaan Tampoi Johor Bahru..Sebab masa tu aku tak tahan sesangat dengan ‘morning sickness’..Sehingga waktu keje ku terganggu..Asik pening kepala yang teramat2 sakit..Allah je yang tau keadaan aku time tuh.. Sampai je kat klinik tu..nurse minta ic & sijil nikah (p/s : tujuan memastikan sama ada nikah @ tidak). Kemudian, nurse minta aku buang air kecil bagi tujuan samada negatif @ positif. Nurse suh timbang..Erm..ms tuh berat aku sebanyak 66.5kg (p/s : aku tak berasa malu dgn berat aku nie ok..) Pastu, nurse amek darah aku sket bagi tujuan jenis darah aku..erm..darah aku jenis O+.. Bila semua da ok..Nurse bagi date next month untuk aku buat pemeriksaan.. Pergh..kalau mcm nie aku kena cutila setiap bulan...takpe2..demi baby..hiks..
Ok..next time aku continue citer pasal peknen nie ...

Minggu Yang Membuhsankan!!

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim...

Salam kepada semua pembaca setia blog ‘heljuliemuiz’..thank’s a lot kerana masih sudi meluangkan masa melayari blog ini. Cheeiitt tetiba jadi skema plak..Aku sebenarnya da lama sesangat nak entry anything story tentang diriku, anak @ anything yang menarik. Tapi disebabkan tugas aku yang amat penting, ku tinggalkan seketika blog k’sayangan ku ini. Kepada Ibu Adam..Ummi Muiz minta maaf bebanyak sebab tak nak updated blog nie always..Cowiee yerk...

Sejak dua menjak nie (dlm ms 2week’s)..aku kerja dalam keadaan yang m’buhsankan banget (sgt2)..Aku sendiri tak tau kenapa??Erm..patut ke aku luahkan dlm blog aku nie??Tapi tak salahkan kalau aku ingin b’kongsi citer dgn p’baca?? Tak salahkan..Sebenarnya apa yang aku luahkan sekadar lahir dalam hati.. Terus-terang aku katakan selama 2week’s tu aku tiada masa sesgt dgn anak bujang k’sayangan aku tuh..Sampaikan parent’s aku da bising sesangat. Abis nak buat camner..ade orang yg tak memahami dgn status aku. Kadang2 aku rasa mcm nk resigned jerk. Tapi bila aku fikir2kan balik..kalau aku tak keje, aku takde ‘duit sendiri’. Tak syokla kan?? Betul tak wahai Ibu Adam??

Aku sebenarnya busan sesangat dgn orang tak memahami status aku sebagai s’org isteri & ibu. Aku teramat penat bila membuat keje t’kejar2..Very tired!!!!! Akhhhhhh...AKU BOSANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN..... S’jujurnya aku tak penah campurkan hal keje & rumahtangga.. Dan aku jarang b’kongsi masalah dgn kengkawan @ sesape jerk..M’lainkan ‘sahabat’ yang paling aku hargai dirinya..iaitu Ibu Adam..Thank’s sahabat kerana selalu banget bagi kata2 semangat pada Ummi Muiz..SAYANG KAMU!!!!

Apa yang aku harapkan..semoga minggu2 yang mendatang akan menyenangkan aku..Al-Maklumlah minggu ke-3 nanti aku dpt ang-pow from my company sempena kehadiran aku pada Acara Jamuan P’tengahan ’09 di HQ Nilai..Thank’s kepada Nozomi Express..walaupun tak banyak mana..namun aku hargai pemberian mu. Sekurang2nya adela sket kan =) Dapatlah Ummi Muiz beli baju raya untuk family sendiri..hiks...daaaaaaaaaaaaaa