Wednesday, June 24, 2009

# 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga ~ Ep.1 ~


Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog kesayangan ku ini ‘heljuliemuiz’..
Baru-baru ini aku ada membeli salah satu majalah kesayanganku iaitu Majalah Nur Edisi Julai 2009 (PP1897/08/2009(021775). Jadi aku ingin berkongsi dengan kalian tentang 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga yang sering berlaku dalam setiap rumahtangga. Dari pengalaman aku selama hampir 2tahun mendirikan rumahtangga adala juga salah faham. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran aku dapat atasinya.. Ok mari kita lihat 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga dan aku harap boleh dijadikan panduan kepada pasangan suami isteri yang bekerja :-

1. ISTERI TUKANG CUCI. Para suami ingatlah bahawa isteri bukan tukang cuci. Bagi pasangan yang bekerja, fahamlah apabila pulang ke rumah anda berdua pasti keletihan. Jadi bekerjasamalah menguruskan rumah. Jangan hanya melepaskan kepada isteri sahaja. Sekiranya berlaku penat, biarkan sahaja jangan mendesak atau membuat pelbagai permintaan kepada isteri.

2. ISTERI TUKANG MASAK. Sedarlah isteri bukan tukang masak. Sewajarnya isteri diberi peluang untuk memasak tau tidak. Suami harus berterima kasih kepada isteri yang memasak untuknya. Ringan tangan membantunya @ sekurang2nya ambil tahu keperluan dapur dan jangan bergantung sepenuhnya kepada isteri. Jangan pandai mengkritik sahaja. Jika tahu sama2 sibuk dan tidak sempat memasak, beli sahajalah.


3. ISTERI TUKANG BASUH PUNGGUNG ANAK. Tugas ini bukan kerja isteri sahaja, suami juga perlu tahu melakukannya. Jangan beri alasan geli atau tidak biasa kerana alasan itu tidak boleh diterima memandangkan anak adalah tanggungjawab anda berdua. Jadi suami harus belajar menguruskan anak lebih2 lagi ketika kecemasan.


4. ISTERI KE PASAR. Sudah menjadi lumrah isteri yang perlu ke pasar. Suami selalu memberi alasan malas kerana tidak selesa, kotor dan terlalu banyak barang yang nak dibeli. Tugas ke pasar adalah kerja bersama. Sekiranya isteri tidak sempat ke pasar, sepatutnya suami mengambil tugas berkenaan.


5. ISTERI LEBIH TAHU. Setiap kali anak sakit, isteri yang selalunya bertanya itu ini kepada doktor mengenai kesihatan anak, sebaliknya suami hanya berdiam diri. Kononnya isteri lebih arif mengenai anak. Sepatutnya suami dan isteri sama2 bertemu doktor bertanya keadaan anak mereka.


6. ISTERI LIPAT KAIN. Melipat kain adalah kerja yang remeh bagi sesetengah orang. Bagi isteri yang bekerja, adakalanya tugas ini tidak sempat dilakukan dan menyebabkan kain bertimbun tanpa dilipat. Jadi suami harus faham dan membantu isteri melakukannya tatkala isteri sedang melipat kain. JANGAN PANDANG SAHAJA!!


7. ISTERI – pengorbanan. Lumrah isteri sering berkorban? Adakah ini benar? Sebenarnya ikatan sebuah perkahwinan menuntut pengorbanan kedua2 pihak dan ia sepatutnya adil. Sebagai contohnya sambutan perayaan. Buatlah jadual giliran agar memuaskan hati semua.


8. ISTERI KEJUTKAN SUAMI. Salah satu tugas isteri adalah mengejutkan suami dari tidur. Tiada salahnya jika suami kejutkan isteri sekiranya isteri keletihan. Apa kata ringankan tulang untuk bantu isteri uruskan anak2 di waktu pagi.


9. ISTERI PERLU BERALAH. Isteri selalu beralah atau bertolak ansur. Sepatutnya suami dan isteri sama2 mengalah agar tiada siapa menang @ kalah. Kedua2 harus timbang rasa dan bertolak ansur. Jangan kerana mempertahankan ego sebagai suami, anda meletakkan semua beban kesalahan pada isteri. Adakalanya suami juga harus mengalah.


10. ISTERI MEMBEBEL. Berleter sinonim dengan isteri. Bagaimanapun tidak semua isteri suka berleter dan kalau ya pun, adakalanya disebabkan suami. Suami juga apa kurangnya ada yang kuat membebel. Namun hati2 jangan sampai mengeluarkan kata2 tidak baik kerana ia menjadi racun dalam rumahtangga......


Opss...terberhenti plak..sebenarnya ada lagi 20 Salah Faham Rumah tangga nie.. Next time, aku akan entry lagi pasal nie. Ok...daaaaaaaaaa

No comments: