Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day ~ 2010

Salam semua..rasanyer masih belum terlambat untuk ummi wish 'Happy Mother's Day' kepada ibu-ibu diseluruh dunia. Pejam celik dah hampir 2 tahun ummi menjadi ibu kepada Muhammad Muizzuddin Bin Hairuddin. Masih terasa lagi kesakitan melahirkanmu wahai anakku. Tapi kesakitan itu hilang setelah ku melihat wajahmu.


Luahan hati untuk ibu ku,
Ibu..ku ucapkan terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia. Kini baru ku tahu akan kesakitanmu semasa melahirkan ku. Ibu, aku tahu akan kepayahanmu. Dirimu terlalu banyak berkorban untuk keluargamu. Kau bijak menguruskan urusan rumahtangga. Kau bijak menyembunyikan kepayahanmu. Kau pandai membahagiakan kami anak-anak. Ibu, tiada lain yang ku ucapkan..Selamat Hari Ibu..terima kasih ibu kerana sudi menjaga ku ketika ku di dalam pantang..

Luahanku untuk anakku,
Muiz..terasa hilang kesakitan ku semasa melahirkanmu. Betapa seronok ummi membawa dirimu di dalam perut. Ummi tidak akan menyesal melahirkanmu. Ummi bahagia melihat keletah kamu. Muiz..ummi sayang sangat-sangat kamu!






No comments: