Friday, August 20, 2010

Kami Redha Dgn Ujian-MU

(Ummi,Muiz bersama ibu mertuaku saat sihat ~ raya 2009)

(Keluarga HelJulieMuiz bersama-sama nenek ~ raya 2009)


Salam Ramadhan Al-Mubarak kpd pembaca blog kesayangan ummi.Lama sgt ummi tak updated.Banyak cerita yang ingin kongsikan di blog ni, sebagai kenangan kami sekeluarga.Tak sempat ummi nak cerita pasal anak bujang ummi sorang tue.Ummi akan cuba perlahan-lahan remind balek cerita-cerita ummi..
1st,di bulan yang baek lagi Al-Mubarak ini..kami sekeluarga sedang diuji oleh Allah. Tapi kami harus kuat menghadapi,kami tidak mahu menunjukkan sebarang kesusahan kpd orang-orang disekeliling.Kami akan cuba berusaha menyelesaikan masalah yg melanda keluarga mertua ummi.Ummi nak ucapkan bebanyak terima kasih kpd family ummi krn sanggup berkongsi kesusahan yg ummi tanggung.Tapi sebenarnya menanggung kesusahan itu adalah ibu mertua ummi.Simpati sungguh melihat keadaan sebelum dia sehat kembali.Tak sanggup kami melihat keadaannya yg sungguh susut.Sampai hati 'manusia kejam' itu. Ya Allah,sesungguhnya hamba-hambaMu ini adalah seorang manusia biasa.Yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan.Tapi kami hanya mampu berserah padaMU.Hanya Engkau yang mampu membalas perbuatan mungkar yg 'Dia' lakukan kpd ibu mertuaku.

Nota untuk ibu mertuaku : Mak,walaupun iem bukan darah daging mak..Iem sanggup lakukan apa sahaja,asalkan mak sihat seperti sediakala.Iem rindu ikan keli goreng hasil air tangan mak. Iem rindu gelak tawa mak,yg setelah sekian lama menyepi.Iem rindu bila raya,mak buatkan iem kek gula hangus.Iem rindu tu sumer.Muiz pun rindu nak bermain nenek. InsyaAllah,jika iem ade rezki iem akan bawa mak pegi ke Tanah Suci Allah.

P/s : Terima kasih kpd kengkawan ummi & papa yg sudi memberi sokongan kpd family kami.Semoga Allah saja yg membalas jasa kalian.amin~


1 comment:

Naz Nur Nhazzla said...

naz doakan mak mertua julie sihat ye.sedih baca ikan keli tu