Thursday, July 16, 2009

~ 30 Salah Faham Dalam Rumahtangga ~ Ep. 2

Salam...sebelum tu aku pohon kemaafan kerana dah terlalu lama sangat aku tak entry story dalam blog nie..hu3..susahla nak story dalam office..ms terhad sangat..Pastu manager asik tengok jerk =(..[mestilah nak tengok staff die buat pe]..ha3...

Ok..kali ini aku nak sambung citer pasal 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga..hari tuh aku bagi 10 jerk Salah Faham tu..Kali nie aku nak sambung lagi 20 Salah Faham tue..Hope bole dijadikan panduan kepada yang sudah berumahtangga & bakal mendirikan rumahtangga..Mari kita lihat ape 20 Salah Faham Dalam Rumah Tangga tu =)

11. ISTERI SUKA KUMPUL PINGGAN MANGKUK – Memang sifat semulajadi isteri suka mengumpul pinggan mangkuk. Suami sepatutnya menyokong isteri dalam hal ini kerana ia ada kebaikannya terutama ketika ada majlis di rumah. Suami mungkin tidak terfikir mengenai keperluan itu. Namun janganlah kumpul kerana ingin menunjuk-nunjuk (renung2kanlah...)

12. ISTERI BUAT PERSIAPAN HARI RAYA – Selalunya isteri yang sibuk membuat persiapan dan segala keperluan hari raya. Suami jarang mengambil tahu perkara itu. Seharusnya suami turut membantu atau memberi wang untuk keperluan berkenaan bukan bergantung kepada isteri sahaja. (Erm..kadang2 berlaku juga..hu3)

13. ISTERI MEMULAKAN PERBUALAN – Dalam banyak situasi, isteri sering memulakan perbualan. Suami seolah-olah hilang idea untuk berbual bersama isteri. Apalah salahnya sekiranya anda berbual seolah-olah sudah lama tidak bertemu. (Hiks..yang ini memang..hubby tu pendiam sikit..ha3)

14. ISTERI MOHON MAAF PADA SUAMI – Orang pertama yang sering menghulurkan tangan memohon maaf adalah isteri sedangkan dalam rumahtangga suami isteri sering melakukan kesilapan. Suami tidak perlulah tunggu isteri memohon maaf, anda juga perlu melakukannya agar rumahtangga lebih ceria.

15. ISTERI PEMBERSIH – Setiap orang mengimpikan sebuah rumah yang bersih dan kemas apabila berkahwin. Namun ada kalanya impian itu tidak menjadi kenyataan kerana isteri tidak suka mengemas. Jika anda tidak suka rumah bersepah, anda harus lakukan sendiri.

16. ISTERI MESTI CANTIK – Cantik juga subjektif. Ada lelaki yang suka isterinya bersolek dan ada juga yang lebih suka isteri tanpa solekan. Bagaimanapun suami ingin melihat isterinya kemas, kurus dan cantik. Tetapi wanita sebenarnya kurang masa untuk melakukan itu semua kerana perlu menguruskan banyak urusan rumahtangga. Jadi kalau mahu isteri sentiasa cantik, carilah pembantu rumah. Satu lagi, suami juga jangan harap isteri sahaja perlu jaga badan, mereka juga perlu berbuat demikian.

17. ISTERI TIDAK BOLEH KELUAR MALAM – Tangganpan ini sudah tidak sesuai lagi pada zaman ini. Dulu memang tidak elok wanita keluar malam tetapi keadaan sudah berubah. Ada yang syif malam dan kini membeli belah juga lebih selesa di waktu malam. Namun isteri harus meminta izin suami.

18. ISTERI SEBAGAI ‘ORANG RUMAH’ – Isteri selalu dilabelkan sebagai orang rumah yang perlu duduk di rumah dan tidak boleh keluar. Pendapat ini salah kerana suami juga adalah orang rumah kerana tanggungjawab rumahtangga adalah urusan pasangan.

19. ISTERI PERLU SABAR – Selalunya isteri sering beralah dan bersabar dengan suami. Suami juga sering melepaskan rasa marah kepada isteru. Suami juga harus bersabar.

20. ISTERI LEMAH LEMBUT- Tidak semua isteri lemah lembut tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menguruskan rumahtangga dengan baik. Jangan terkejut jika isteri juga adakalanya naik angin. Suami harus faham keadaan ini.

Untuk pembaca semua, aku akan sambung pada entry akan datang. Kerana aku kesuntukan untuk menghabiskan citer nie..Jadi aku 'hutang' 10 lagi Salah Faham Dalam Rumahtangga..=p Tunggu pada entry akan datang yerk ...

No comments: