Wednesday, October 27, 2010

Jatuh Cinta kerana Allah atau Nafsu ?

Bismillahir Rahmanir Rahiim.
As-Salaamu Alaikum Wa-Rahmatullahi Wa-Barakaatuh.

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke Syurga dan kenapa ada yang masuk Neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, indah sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari Nafsu dan dari ALLAH.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak langsung pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta
. Dari emel,
surat menyurat, sms, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak ada langsung malu pada orang sekeliling, apa lagi malu pada ALLAH yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan
. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa
. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi !

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan ALLAH. Ia bersebab kerana ALLAH dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan ALLAH. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada ALLAH.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan TUHANnya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa
saja yang bertentangan dengan kemahuan ALLAH. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana ALLAH maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy ALLAH di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu.
Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari ALLAH hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada ALLAH, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari ALLAH, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari ALLAH akan meletakkan ALLAH yang paling tinggi dan utama
. Bila berlaku pertembungan antara cinta ALLAH dengan cinta pada makhluk maka cinta ALLAH dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada ALLAH dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu ALLAH tuntut. Maka kecintaan pada ALLAH itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-NYA walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada ALLAH. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada ALLAH hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan ALLAH tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari ALLAH menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai ALLAH, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh.
Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari ALLAH terhadapnya. Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah ALLAH kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.
Peliknya, bila Zulaikha mengenal ALLAH,
datanglah cintanya pada ALLAH sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada ALLAH. Cinta ALLAH ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada ALLAH akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan ALLAH.
Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya dari ALLAH.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari ALLAH.
Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas ALLAH pada kita. Sehingga ALLAH izinkan makhluk-NYA yang lainnya cinta pada kita. Walhal ALLAH boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau ALLAH mahu.

ALLAH yang menciptakan kita makhluk-NYA, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-NYA ataupun masa kita lalai, tetap diberi-NYA nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan ALLAH pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat ALLAH, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa ALLAH dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian ALLAH itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, ALLAH boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada ALLAH. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari ALLAH. Cintanya tertumpu pada ALLAH, dan penyerahan diri pada ALLAH sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada TUHAN ada hamba ALLAH yang berkata, “Wahai TUHAN, aku mencintai ENGKAU bukan kerana takutkan neraka-MU. tapi kerana Zat-MU, ya ALLAH. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-MU.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan ALLAH.
Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta ALLAH sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada ALLAH nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan ALLAH pasti berbalas. Dan ALLAH tidak membiarkan orang yang dicintai-NYA menderita di akhirat.”

Maka seorang yang bijaksana dan beradab mulia akan meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-NYA. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada ALLAH swt yang patut kita letakkan. Subhanallah Wa Bihamdih.


Nota Kaki : Maaflah sekiranya sejak kebelakangan ni blog ummi agak membosankan.Ummi sekadar ingin berkongsi hadis & sunnah di blog.Biar anak-anak ummi dapat membacanya suatu hari nanti.Insya-Allah, ummi akan berkongsi cerita yg best suatu hari nanti.Masih 'merangkak' untuk mencari mood yg sesuai :P


Friday, October 22, 2010

Khasiat Surah Al-Fatihah

Salam semua..selamat petang..hiksss..skema la pulok.Ni nyambil-nyambil buat keje :P So,jgnla jeles la erk..Tadi ummi dok belek blog ibuayahdamia, try search frens list blog kwn ibuayahdamia.Ummi rasa tertarik dgn satu blog nie,iaitu mama3H..he3..tertarik dgn post nie.So,ummi nak kongsila dgn kengkawan.Ilmu sempena hari Jumaat :)

1. AL-FATIHAH Baca 14x sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2.AL-FATIHAH Baca 41x tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman.

3.AL-FATIHAH Baca 7x dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur : Kepada orang berpenyakit mental.

4.AL-FATIHAH Baca 3x tiup dalam segelas air-minum & baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit : Sakit yang keterlaluan.

5.AL-FATIHAH Baca 7x dan sapu ke atas kepala: Bayi yang suka menangis pada malam hari @ pada bila-bila masa.

6.AL-FATIHAH Baca 3 @ 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

Suka Diingatkan : BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH ~ Buatlah sebanyak 3x Jumaat berturut-turut : Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).


AWET MUDA (dalaman dan luaran)

Zikir ~ Ya Badiyah (1x), Ya Nur (1x), Ya Hadi (1x), Ya Allah (3x) : Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.

Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38) : Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman.

Nota Kaki : mama3H..ummi mohon ampun ya..sebab copy paste mama3H punya post :) (
pls senyum mama).Salam perkenalan dari ummi yerk.

Ummi sekadar ingin berkongsi 'Ilmu Agama' kpd pembaca blog ummi yg tak seberapa nieh :)

Wednesday, October 20, 2010

InsyaAllah akan berblogging lagi

Salam semua..Alahai rindu rasanya nak berblogging lagi.Tapi keadaan yang tidak mengizinkan.Sejak pemergian arwah ibu mertua ummi,rasa macam down sgt2. So, ummi harap kengkawan blogger ummi faham yerk. InsyaAllah ummi akan cuba bmencari keceriaan di dalam blog ummi nie.Kita jumpa di laen story yerk :)

Sunday, September 5, 2010

Telah Kembali Ke Rahmatullah

Salam Ramadhan sumer..Alhamdulillah..ummi telah sampai ke rumah ummi sendiri. Ummi baru pulang dari kampung papa. Setelah selesai urusan pemergiannya ibunda mertua tercinta. Rasanya baru semalam bercerita,bergurau dengan mak..

31hb August 2010 bersamaan 21 Ramadhan 1431H
Ummi sekeluarga telah berangkat untuk menziarahi ibunda mertua yang terlantar di hospital. Penyakit beliau semakin parah.Tapi kami semua berharap beliau akan sembuh seperti sediakala.Walaupun kami sedar,hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.Sebelum kami sekeluarga pergi ke hospital, kami pulang ke rumah mertua dulu.Kemas apa-apa yang patut,maklumlah sejak ibunda sakit rumah tidak terurus lagi.Ummi dgn ibu ummi memasang langsir.Takut tak sempat nak pasang raya nanti.Ayahanda mertua telefon suruh datang ke hospital segera.Bimbang apa-apa akan terjadi.Jadi kami segera ke hospital.Setelah kami sampai di hospital.Kami sungguh terkejut dengan keadaan mak.Ya Allah,kasihannya ibunda mertuaku.Sungguh besar ujianMu pada ibunda mertuaku. Mak celik mata,gembira melihat anak-anak disekelilingnya.Gembira melihat aku hadir disisinya.Aku picit kakinya,picit tangannya yang bengkak dek kerana cucukan jarum untuk masukkan gula & air.Ya Allah,hanya Allah saja yang tahu perasaanku ketika itu.Sungguh sejuk kakinya..tangannya..Aku berdoa agar mak sihat seperti dulu.Melihat keadaan mak sebegitu,kami sepakat adik-beradik papa menelefon adik ipar yang berada di Sawarak untuk pulang.Tak sanggup lagi kami berahsia dengan adik ipar.Alhamdulillah adik ipar sempat cari tiket untuk pulang ke Johor.Tengah malam adik ipar sampai ke Johor.Terus terjah ke hospital untuk melihat keadaan mak.Sungguh terkejut dengan keadaan mak.Marahkan kami adik-beradik kerana menyembunyikan hal sebenar.Maafkan kami dik, kami terpaksa..ini semua kehendak Abah kerana tidak mahuh mengganggu pelajaranmu.Begitu juga dengan mak,tidak mahu kamu risau.

1hb September 2010 bersamaan 22 Ramadhan 1431H
Papa telefon ummi beritahu mak semakin tenat.Sekali lagi kami diuji.Papa selesaikan urusan kerja, begitu juga dengan ummi.Kami terpaksa ketepikan hal kerja.Kami tergesa-gesa pulang ke kampung terus terjah ke hospital.Ummi sungguh terkejut dengan keadaan mak.Sungguh tenat,kami semua adik beradik berkumpul di sisi mak.Bimbang akan terjadi sesuatu.Telefon sedara-mara untuk melihat keadaan mak.Doakan mak,agar mak akan sembuh.Aku selaku sebagai kakak ipar yang sulung, menyuruh adik-adik ipar membacakan surah yassin untuk mak.Semoga Allah permudahkan segala urusan.Dalam hati kami sekeluarga,masih adakah harapan mak untuk teruskan hidup?Hanya Allah yang tahu.Tapi masa tu,ummi dapat rasakan mak akan 'pergi' selama-lamanya.Sebab seluruh anggota badan mak da sejuk sangat-sangat.

2hb September 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431H
Jam 3.20am..adik ipar perempuan telefon papa beritahu segera ke sisi mak.Sebab masa tu ummi dan papa tidur sebentar untuk hilangkan pening kepala.Pabila kami melangkah masuk ke ward mak..Tepat jam 3:25am..mak telah kembali ke rahmatullah..Sayunya hati ummi..Alhamdulillah mak sungguh tenang menghadap Illahi.....

Wednesday, August 25, 2010

Tangan Dok Gatai Tukar Template

Salam..Selamat berbuka yerk kengkawan.Saat nie ummi masih di ofis lagi,nak siapkan keje2 yang terbengkalai.Bukan pe sok pepagi takmo gesa2 buat keje. Sepatutnya ummi bole siapkan tadi.Tapi disebabkan ummi kena runner kejap, tu yang terbantut.Pastu HOD tau siap jerk.Tak tau masalah keje kite macam ne.Kadang-kadang geram juga.Mereka-mereka terlalu pentingkan diri sendiri.Ummi da 3 tahun keje kat sini.Tapi rasanya tahun ni tahun terakhir kot ummi akan berkhidmat di sini.Sepertinya perkhidmatan ummi tidak dihargai.Sedey sangat.

Ok, berbalek pada tajuk di atas.Ummi boring sangat asek menghadap keje jerk, tangan ni gatal nak tukar template.Pe lagi..godeh-godeh la..Bolehla..Janji sedap mata memandang.Ummi maseh belajar untuk mengupgradekan blog kesayangan ummi.Sebab,sejak kebelakangan nie idea ummi mencurah-curah.Ummi tidak akan melepaskan peluang.InsyaAllah ummi akan cuba story-mory yerk..Pelan-pelan ummi kayuh..

Nota kaki : psssttt...jangan rasa saket ati yerk dengan perubahan yg ummi lakukan di blog nieh..ahaksss..ngengada jerk kan ummi ni :P

Bapa sembelih anak 3tahun

(Nak..wajahmu meruntun hatiku sebagai seorang ibu.Sayu sungguh wajahmu..)

Salam semua pembaca blog yang tak seberapa nieh. Alah bese-bese jerk. Walhal ummi dah dapat award dari AuntieTieha . Thanks laling. Hari nie ummi nak kongsikan cerita pasal gambar di atas tuh. Apa anda rasa semua? Geram? Marah? Mau je maki ayah Allahyarham Adam tuh. Tapi disebabkan ada penyakit keturunan,anak jadi mangsa.

First ummi tengok gambar Allahyarham Adam nie,alahai chubbynyer die.Cutenyer die.Ummi suke sangat tengok budak-budak chubby mcm nie.Geram dibuatnyer.Kawan-kawan bole klik Allahyarham Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin.

Nota Untuk Allahyarham Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin :
Walaupun ummi bukan ibu kandung kamu,ummi dapat rasa akan perasaan ibu kamu.Betapa pahit untuk menelan kehilangan kamu.Kamu sangat comel,bijak.Semoga kamu damai diSana Nak..Ummi doakan kamu berbahagia diSyurga.Ditemani bidadari.Allah akan sentiasa menjaga kamu diSana.Tempat kamu bukan didunia Nak,tempat kamu diSana.Kalau jumpa 'anak' ummi,sampaikan salam sayang ummi pada 'anak' ummi yerk..Ummi rindu sangat dgn 'dia'..Al-Fatihah..amin~

Aku Selfish kew?

Salam pembuka bicara..Tajuk kat atas tak bole tahan..he3..Kenapa erk? Sejak kebelakangan nie ummi asek nak marah2 jerk.Tapi ummi marah2 bersebab. Bukan senang nak tengok ummi marah2.Susah tau..

Baru-baru ni ummi ada terasa hati sket dgn kawan baek punya officemate.Selama ni ummi diam jerk.Tapi ummi takmola citer panjang-panjang.Just luaran jerk ummi citer.Ummi terasa dgn die sebab pe tau, satu je yang ummi tak berapa berkenan dengan die.Die selfish..So tajuk di atas tu salah la yerk.Bukan untuk ummi.Tapi untuk 'budak tu'.Budak tu da lama bersahabat baek dgn officemate ummi.Tapi ramai yg tak berapa suke dgn dier.Sebab asek nak jaga perasaan die jerk.Pergh!! Kalo ummi dapat kawan mcm tu..bye..bye jela.Buat pe nak kawan dgn org yg terlalu pentingkan diri sendiri kan. Sebagai sahabat perlu ada :-
  • Sikap jujur dan ikhlas (kena ikhlas,jgn depan ckp laen.belakang kata laen)
  • Redha dgn apa yg berlaku (terima hakikat,yg sahabat anda tu bukan milik anda s'org)
  • Bersikap terbuka (tu pasti,kena terima pandangan org laen juga.Jgn pk perasaan sdri jerk)
  • Jaga MARUAH sahabat sendiri (Ini yg paling penting.Kalo org mgata sahabat baek kiter.Kiter diam jer.KIta siasat dulu.Jgn menuduh melulu jerk.Sbb ummi da penah kena sendiri)
Kalau ikutkan banyak lagi yang ummi kongsikan.InsyaAllah ummi akan cuba kupaskan tentang sahabat ni. Setakat ni sahabat yang paling serasi dgn ummi adalah IbuAdam.

Kami sering berkongsi cerita suka duka.Dari ummi masih bujang sampailah masing2 dah ade anak sorang.Yang bestnyer,anak pun lahir tahun yg sm.Bezanyer Muiz keluar dulu.Ummi rasa bahagia sgt dpt sahabat mcm IbuAdam.

Nota Kaki : IbuAdam,anda telah berjaya mengembalikan kepercayaan kpd diriku untuk bersahabat kembali.Dahulu aku pernah kecewa dgn sikap sahabatku sendiri.Dek krn percayakan kata-kata orang.Kau susah payah mendegar keluhanku,deritaku,sengsaraku walaupun kita berhubungan dengan jarak jauh.Ku terlalu menghargai kamu.


Tuesday, August 24, 2010

Selamat Pengantin Baru Utk ~Thalhazlin~

~ 24hb Julai 2010 = Sah bergelar suami isteri ~




Salam semua..dan selamat malam..he3..seben
arnyer entri kali ni da lama ummi nak masukkan dlm blog ummi yg tak seberapa nieh.Al-maklumlah,ummi tak sempat nak bergambar dgn pengantin.Masa ummi pegi ke rumah pengantin perempuan, pengantinnyer belum siap lagi.Kebetulan masa tu,ummi banyak lagi majlis nak pegi.So kenalah bagi-bagikan masa.

Kepada Kak Thalha & En. Hazlin, rasanyer masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT PENG
ANTIN BARU kepada anda berdua. Semoga kalian sentiasa sabar dan tabah dalam menempuh dugaan dari Allah.Dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah..amin..

Nota : Kak Thalha, maafkan saya krn telah 'mencuri' pic akak di atas dr blog akak.Bukan pe, nak simpan buat kenangan dlm blog sy.Maklumla,hari tu xdapat amek gambar dgn akak :(