Thursday, October 3, 2013

Kesabaran wanita

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Bertuahnya menjadi seorang wanita.Bertuahnya aku dijadikan seorang WANITA.Bersyukur aku diberi peluang untuk melahirkan 3orang cahayamata yang sentiasa memberi kekuatan pada aku untuk menghadapi ujian dariNYA. Aku sentiasa ingat pesanan ayah,biar apapun sekali dugaan yang diberikan kita selalu kena tempuhi agar kita tahu samada kita kuat atau tidak.

Kadang aku terfikir,kenapalah DIA selalu berikan sesuatu yang tidak aku jangkakan.Tapi disebaliknya ada hikmah yang terbaek yang datang.Aku selalu berpegang kepada KESABARAN.Kerana kesabaran itu lah membuat aku menjadi seperti sekarang.

Perlahan-lahan aku melangkah ke hadapan untuk mencuba sesuatu yang baru agar aku melihat masa hadapan ku lebih cerah.Yang penting aku kena kuat dan berani.

YA ALLAH,PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KU.LINDUNGILAH HAMBA MU INI DALAM APA JUA KEADAAN.JAUHKANLAH AKU DARI KEKEJAMAN DAN KETINDASAN SIKAP MANUSIA.

No comments: