Wednesday, February 25, 2009

~ RAHSIA RUMAHTANGGA ~

Sering diperingatkan kisah rumah tangga hanya milik suami isteri sahaja.
Namun kadangkala, sama ada kerana terlalu bangga
dengan bahagia yang dimilikinya atau sengaja mahu menguar-uarkan
kehebatan pasangan masing-masing, mereka tanpa
sedar bercerita kepada orang lain mengenai
perihal rumah tangga sendiri.
Rasullah mengandaikan orang yang 'menbocorkan' rahsia
rumah tangga sendiri kepada orang lain
sebagai orang yang jahat.
Perbuatannya boleh mengundang pelbagai persepsi
orang lain, dan bakal membawa natijah buruk
yang bukan sedikit.
Dengan kata lain, rahsia rumah tangga
ialah sesuatu yang hanya boleh
dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan
anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah,
nasib masa depan dan
keselamatan keluarga.
Rasullah bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah
di hari kiamat kelak
adalah seorang lelaki yang melepaskan
hajatnya kepada isterinya
dan isterinya melepaskan
hajatnya padanya,
kemudian
ia menceritakan rahsia itu."
(Riwayat Ahmad)
Malah seorang isteri yang baik,
adalah seperti yang dibayangkan oleh Rasullah
dalam hadis baginda yang bermaksud,
"Tiadalah yang lebih manfaat
kepada seseorang yang beriman
selepas dia bertakwa kepada Allah,
yang lebih baik
daripada memiliki seorang isteri yang solehah.
Jika disuruh nescaya
ditaatinya dan apabila dipandang
menyukakan hatinya
dan jika ia tiada bersama,
ia akan memelihara nama baiknya,
sama ada pada dirinya
atau
harta suaminya."
(Riwayat an-Nasa'i, Ahmad dan Abu Daud)

No comments: