Dari Abdullah bin Umar katanya, Rasullah telah
bersabda yang bermaksud, "Wahai kaum wanita,
bersedekahlah kamu dan banyakkanlah istghfar
iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum
wanitalah yang lebih ramai menjadi peghuni
neraka."
Seorang wanita yang cukup pintar antara
mereka bertanya, "Wahai Rasullah, mengapa
kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi
penghuni neraka?"
Rasullah bersabda, "Kamu banyak mengutuk
dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka
yang kekurangan akal dan agama yang lebih
menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."
Wanita itu bertanya lagi, "Wahai Rasullah,
apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"
Rasullah bersabda, "Maksud kekurangan
akal adalah penyaksian dua orang wanita sama
dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang
dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita
tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam
yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan
Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan
kekurangan agam."
(Hadis Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment