"Sibuklah bermesyuarat, tak sempat nak solat.
Nanti-nantilah tunggu ada masa!" Mudahnya beri
alasan. Senang beri dalih, konon kesibukan kerja
merantai kita untuk melaksanakan ibadah yang
wajib.
SOLAT lima waktu adalah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi
orang Islam. Solat juga tanda pertalian terus seorang hamba dengan
Allah. Oleh itu tidak wajar kita jadikan alasan sibuk kerja atau apa-apa
sahaja sebagai halangan untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Rasullah bersabda yang bermaksud, Sesiapa yang lupa akan
sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah
mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang
dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: "Dan
dirikanlah solat untuk mengingati-Ku." (Riwayat Bukhari)
Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mengerjakannya
bermakna dia menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya
bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.
Besarnya peranan solat sehingga Allah tidak membenarkan
sebarang alasan untuk kita abaikan ibadah ini. Dalam sakit, apatah
lagi sihat, dalam apa sahaja cuaca dan tempat, solat tetap wajib
ditunaikan. Hatta jika terlupa sekali pin, apabila sudah teringat,
wajib kita tunaikannya atau gantikannya dengan kadar segera.
No comments:
Post a Comment