Thursday, November 4, 2010

CONTEST "4th Anniversary Giveaway"

Salam semua.Ummi harap semua dalam keadaan sihat.Yang mana kurang sihat, sila merujuk kepada yg pakar yerk :) Sekali lagi ummi ingin menyertai contest.Sebenarnya baru saja mengenali tuan punya contest nie.MamaZurin..salam perkenalan dari ummi yerk :) Ku sekadar ingin mencuba naseb..he3..Ok jom ucapan ummi untuk pasangan yg akan menyambut annivessary yang ke4 tahun pd 17hb nanti...

"Syukur Alhamdulillah kerana 'bahtera cinta' kalian telah mencapai 4tahun.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terjadi dalam bahtera cinta kalian.'Orang luar' hanya tahu mengata,mengeji,memaki,mencaci sahaja.Yang penting kesefahaman dan kesepakatan kalian itu penting.Nampaknya ulangtahun kalian pada tahun ini amat bermakna..sempena dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha.Zurin,suamimu pasti bangga kerana kamu bisa menyusukan sendiri anak-anakmu.Kegigihanmu itu membakar semangat kepada wanita lain yang ingin menyusukan anaknya sendiri.Akhir sekali, Ku doakan semoga kalian sentiasa berpegang teguh kepada yang SATU agar rumahtangga kalian sentiasa bahagia kerana Allah..Sekian "

Wednesday, November 3, 2010

CONTEST "ibuayahdamia vacation with kids Giveaway"


Salam sume..akhirnya entry ni melekat juga dlm blog ummi :P
bukan apa, ummi ni payah sikit nak masuk contest..
sebab ummi tak berapa faham sgt dgn selok belok blog nie..hu3..
Ummi sekadar suka-suka jer nak masuk,
kalau ade rezki dari ibuayahdamia..adalahkan..he3
Kalau korang rasa nak mencuba naseb..jomla..
tengok syarat2nyer di blog :

http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/11/ibuayahdamia-vacation-with-kids.html

~ From 1st till 7th November 2010 ~

So..pada ibuayadamia..selamat bercuti yerk!
1st time nieh masuk..ha3



Diam-diam sudah 3yrs :)

Salam semua pembaca tegar blog ummi .. kui3 (perasan plak ummi nie :P)

Hari nie ummi nak ucapkan 'Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yg ke3yrs pd Papa & Ummi sendiri :P .. Kejap je kan masa berlalu.Rasanya baru semalam ummi dgn papa sibuk dok memikirkan persiapan kahwin :) Ok..nanti ummi story sikit tentang 'kami' yerk..Sebab masa ummi buat entry ni ummi kat opis :) (curik2 ms nieh..he3)



Luahan Ringkas Untuk Papa :~
Papa..Ummi panjatkan syukur kpd Illahi
krn Allah telah memberi peluang kpd kita untuk melayari 'Bahtera Cinta',
Syukur ku pd Illahi krn dikurniakan seorang suami sprt kamu,
Terima kasih krn sudi mengambil ummi sebagai 'suri' hidupmu,
Ummi doakan semoga kita bahagia sentiasa bersama-sama
anak-anak tercinta..

(Nota Kaki : Sungguh ummi tengah blurr time nie..al-maklumla 'menumpang' internet orang..ha3)

Tuesday, November 2, 2010

Lagu cinta kami .: Suara Cinta ~ Kump. Mega :.

Suara Cinta ~ Nyanyian : Rahmat,Kump. Mega

Dahulu cinta kita berbunga
Sayang sepenuh nyawa
Di dalam hatiku merindu
Sayang kau tak tahu

Dahulu kita berjanji setia
Tidak akan berpisah
Katamu hanyalah diriku
Buat selamanya

Sehingga kini ku masih sayang
Tapi mengapa kau hilang di mata
Sehingga kini ku masih cinta
Apa pun terjadi tetap setia

Oh kekasih
Dengarkanlah suara cinta dari hatiku
Oh kekasih berpeganglah pada janji
Ya Tuhanku berikanlah petunjukmu pada kekasihku
Moga takdir melindungi cinta kita sepanjang masa

Alangkah bahagia kurasa
Setelah kau insafi
Janganlah engkau mungkiri
Menghiris hatiku



Nota Kaki : Di saat ummi bersedih (selisih faham dgn papa), ummi bersendirian dalam bilik sambil dengar lagu ni.Nangis sorang2..kekadang anak bujang ummi temankan ummi layankan lagu ni :P Apapun yg terjadi dlm perhubungan suami isteri,kami tetap akan melakukan yg terbaek demi rumahtangga & anak2 kami :)

Wednesday, October 27, 2010

Jatuh Cinta kerana Allah atau Nafsu ?

Bismillahir Rahmanir Rahiim.
As-Salaamu Alaikum Wa-Rahmatullahi Wa-Barakaatuh.

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke Syurga dan kenapa ada yang masuk Neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, indah sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari Nafsu dan dari ALLAH.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak langsung pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta
. Dari emel,
surat menyurat, sms, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak ada langsung malu pada orang sekeliling, apa lagi malu pada ALLAH yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan
. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa
. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi !

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan ALLAH. Ia bersebab kerana ALLAH dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan ALLAH. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada ALLAH.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan TUHANnya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa
saja yang bertentangan dengan kemahuan ALLAH. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana ALLAH maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy ALLAH di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu.
Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari ALLAH hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada ALLAH, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari ALLAH, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari ALLAH akan meletakkan ALLAH yang paling tinggi dan utama
. Bila berlaku pertembungan antara cinta ALLAH dengan cinta pada makhluk maka cinta ALLAH dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada ALLAH dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu ALLAH tuntut. Maka kecintaan pada ALLAH itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-NYA walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada ALLAH. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada ALLAH hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan ALLAH tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari ALLAH menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai ALLAH, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh.
Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari ALLAH terhadapnya. Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah ALLAH kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.
Peliknya, bila Zulaikha mengenal ALLAH,
datanglah cintanya pada ALLAH sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada ALLAH. Cinta ALLAH ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada ALLAH akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan ALLAH.
Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya dari ALLAH.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari ALLAH.
Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas ALLAH pada kita. Sehingga ALLAH izinkan makhluk-NYA yang lainnya cinta pada kita. Walhal ALLAH boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau ALLAH mahu.

ALLAH yang menciptakan kita makhluk-NYA, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-NYA ataupun masa kita lalai, tetap diberi-NYA nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan ALLAH pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat ALLAH, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa ALLAH dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian ALLAH itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, ALLAH boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada ALLAH. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari ALLAH. Cintanya tertumpu pada ALLAH, dan penyerahan diri pada ALLAH sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada TUHAN ada hamba ALLAH yang berkata, “Wahai TUHAN, aku mencintai ENGKAU bukan kerana takutkan neraka-MU. tapi kerana Zat-MU, ya ALLAH. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-MU.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan ALLAH.
Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta ALLAH sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada ALLAH nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan ALLAH pasti berbalas. Dan ALLAH tidak membiarkan orang yang dicintai-NYA menderita di akhirat.”

Maka seorang yang bijaksana dan beradab mulia akan meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-NYA. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada ALLAH swt yang patut kita letakkan. Subhanallah Wa Bihamdih.


Nota Kaki : Maaflah sekiranya sejak kebelakangan ni blog ummi agak membosankan.Ummi sekadar ingin berkongsi hadis & sunnah di blog.Biar anak-anak ummi dapat membacanya suatu hari nanti.Insya-Allah, ummi akan berkongsi cerita yg best suatu hari nanti.Masih 'merangkak' untuk mencari mood yg sesuai :P


Friday, October 22, 2010

Khasiat Surah Al-Fatihah

Salam semua..selamat petang..hiksss..skema la pulok.Ni nyambil-nyambil buat keje :P So,jgnla jeles la erk..Tadi ummi dok belek blog ibuayahdamia, try search frens list blog kwn ibuayahdamia.Ummi rasa tertarik dgn satu blog nie,iaitu mama3H..he3..tertarik dgn post nie.So,ummi nak kongsila dgn kengkawan.Ilmu sempena hari Jumaat :)

1. AL-FATIHAH Baca 14x sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2.AL-FATIHAH Baca 41x tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman.

3.AL-FATIHAH Baca 7x dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur : Kepada orang berpenyakit mental.

4.AL-FATIHAH Baca 3x tiup dalam segelas air-minum & baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit : Sakit yang keterlaluan.

5.AL-FATIHAH Baca 7x dan sapu ke atas kepala: Bayi yang suka menangis pada malam hari @ pada bila-bila masa.

6.AL-FATIHAH Baca 3 @ 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

Suka Diingatkan : BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH ~ Buatlah sebanyak 3x Jumaat berturut-turut : Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).


AWET MUDA (dalaman dan luaran)

Zikir ~ Ya Badiyah (1x), Ya Nur (1x), Ya Hadi (1x), Ya Allah (3x) : Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.

Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38) : Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman.

Nota Kaki : mama3H..ummi mohon ampun ya..sebab copy paste mama3H punya post :) (
pls senyum mama).Salam perkenalan dari ummi yerk.

Ummi sekadar ingin berkongsi 'Ilmu Agama' kpd pembaca blog ummi yg tak seberapa nieh :)

Wednesday, October 20, 2010

InsyaAllah akan berblogging lagi

Salam semua..Alahai rindu rasanya nak berblogging lagi.Tapi keadaan yang tidak mengizinkan.Sejak pemergian arwah ibu mertua ummi,rasa macam down sgt2. So, ummi harap kengkawan blogger ummi faham yerk. InsyaAllah ummi akan cuba bmencari keceriaan di dalam blog ummi nie.Kita jumpa di laen story yerk :)

Sunday, September 5, 2010

Telah Kembali Ke Rahmatullah

Salam Ramadhan sumer..Alhamdulillah..ummi telah sampai ke rumah ummi sendiri. Ummi baru pulang dari kampung papa. Setelah selesai urusan pemergiannya ibunda mertua tercinta. Rasanya baru semalam bercerita,bergurau dengan mak..

31hb August 2010 bersamaan 21 Ramadhan 1431H
Ummi sekeluarga telah berangkat untuk menziarahi ibunda mertua yang terlantar di hospital. Penyakit beliau semakin parah.Tapi kami semua berharap beliau akan sembuh seperti sediakala.Walaupun kami sedar,hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.Sebelum kami sekeluarga pergi ke hospital, kami pulang ke rumah mertua dulu.Kemas apa-apa yang patut,maklumlah sejak ibunda sakit rumah tidak terurus lagi.Ummi dgn ibu ummi memasang langsir.Takut tak sempat nak pasang raya nanti.Ayahanda mertua telefon suruh datang ke hospital segera.Bimbang apa-apa akan terjadi.Jadi kami segera ke hospital.Setelah kami sampai di hospital.Kami sungguh terkejut dengan keadaan mak.Ya Allah,kasihannya ibunda mertuaku.Sungguh besar ujianMu pada ibunda mertuaku. Mak celik mata,gembira melihat anak-anak disekelilingnya.Gembira melihat aku hadir disisinya.Aku picit kakinya,picit tangannya yang bengkak dek kerana cucukan jarum untuk masukkan gula & air.Ya Allah,hanya Allah saja yang tahu perasaanku ketika itu.Sungguh sejuk kakinya..tangannya..Aku berdoa agar mak sihat seperti dulu.Melihat keadaan mak sebegitu,kami sepakat adik-beradik papa menelefon adik ipar yang berada di Sawarak untuk pulang.Tak sanggup lagi kami berahsia dengan adik ipar.Alhamdulillah adik ipar sempat cari tiket untuk pulang ke Johor.Tengah malam adik ipar sampai ke Johor.Terus terjah ke hospital untuk melihat keadaan mak.Sungguh terkejut dengan keadaan mak.Marahkan kami adik-beradik kerana menyembunyikan hal sebenar.Maafkan kami dik, kami terpaksa..ini semua kehendak Abah kerana tidak mahuh mengganggu pelajaranmu.Begitu juga dengan mak,tidak mahu kamu risau.

1hb September 2010 bersamaan 22 Ramadhan 1431H
Papa telefon ummi beritahu mak semakin tenat.Sekali lagi kami diuji.Papa selesaikan urusan kerja, begitu juga dengan ummi.Kami terpaksa ketepikan hal kerja.Kami tergesa-gesa pulang ke kampung terus terjah ke hospital.Ummi sungguh terkejut dengan keadaan mak.Sungguh tenat,kami semua adik beradik berkumpul di sisi mak.Bimbang akan terjadi sesuatu.Telefon sedara-mara untuk melihat keadaan mak.Doakan mak,agar mak akan sembuh.Aku selaku sebagai kakak ipar yang sulung, menyuruh adik-adik ipar membacakan surah yassin untuk mak.Semoga Allah permudahkan segala urusan.Dalam hati kami sekeluarga,masih adakah harapan mak untuk teruskan hidup?Hanya Allah yang tahu.Tapi masa tu,ummi dapat rasakan mak akan 'pergi' selama-lamanya.Sebab seluruh anggota badan mak da sejuk sangat-sangat.

2hb September 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431H
Jam 3.20am..adik ipar perempuan telefon papa beritahu segera ke sisi mak.Sebab masa tu ummi dan papa tidur sebentar untuk hilangkan pening kepala.Pabila kami melangkah masuk ke ward mak..Tepat jam 3:25am..mak telah kembali ke rahmatullah..Sayunya hati ummi..Alhamdulillah mak sungguh tenang menghadap Illahi.....