Thursday, April 12, 2012

Kata-kata Yang Membuat Ramai Sebak ..

Dewasa ini, apabila kita sebutkan pasal pengertian CINTA, ramai daripada kita akan terus teringat kepada kekasih hati kita, sama ada teman wanita, teman lelaki, atau suami dan isteri. Namun, ramai yang lupa, pengertian CINTA yang sebenarnya luas, dan melingkupi keseluruhan kehidupan kita..

Pertama CINTA Allah, ia adalah satu kewajipan. CINTA yang paling agung dan perlu kita letakkan pada tahap tertinggi jika hendak dibandingkan dengan CINTA kita kepada perkara lain. Kedua CINTA Rasulullah, CINTA kepada junjungan besar kita, Nabi kita yang membawa syafaat kepada sekalian umat dan makhluk. CINTA terhadap baginda perlulah melebihi daripada segala CINTA terhadap makhluk yang lain.. Dan yang ketiga, CINTA yang sering kita lupa, sering kita abaikan,.. CINTA kepada orang yang menjaga kita dari kecil, memberi sepenuh kasih sayang kepada kita, sehingga kita besar dan berjaya, CINTA kepada ibu dan bapa..

PakarCinta ingin anda hayat bait-bait kata ini… semoga kita akan sedar.. dan dapat ingat kembali..

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir-fikirkanlah

* Bagai pusingan roda… sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa… dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita… dan kita akan bersabar dengan kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita… dan begitulah seterusnya… janganlah mengabaikan mereka, janganlah menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. jagalah mereka seperti mereka menjaga anda sewaktu kecil.. Jangan abaikan mereka…


Sayangilah ibubapa kita…insyaAllah kita akan disayangi oleh anak-anak kita pula..

Dipetik dari Ayat-Ayat Terindah


Cerdit to : pakarcinta.com


No comments: