Wednesday, June 24, 2009

# 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga ~ Ep.1 ~


Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog kesayangan ku ini ‘heljuliemuiz’..
Baru-baru ini aku ada membeli salah satu majalah kesayanganku iaitu Majalah Nur Edisi Julai 2009 (PP1897/08/2009(021775). Jadi aku ingin berkongsi dengan kalian tentang 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga yang sering berlaku dalam setiap rumahtangga. Dari pengalaman aku selama hampir 2tahun mendirikan rumahtangga adala juga salah faham. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran aku dapat atasinya.. Ok mari kita lihat 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga dan aku harap boleh dijadikan panduan kepada pasangan suami isteri yang bekerja :-

1. ISTERI TUKANG CUCI. Para suami ingatlah bahawa isteri bukan tukang cuci. Bagi pasangan yang bekerja, fahamlah apabila pulang ke rumah anda berdua pasti keletihan. Jadi bekerjasamalah menguruskan rumah. Jangan hanya melepaskan kepada isteri sahaja. Sekiranya berlaku penat, biarkan sahaja jangan mendesak atau membuat pelbagai permintaan kepada isteri.

2. ISTERI TUKANG MASAK. Sedarlah isteri bukan tukang masak. Sewajarnya isteri diberi peluang untuk memasak tau tidak. Suami harus berterima kasih kepada isteri yang memasak untuknya. Ringan tangan membantunya @ sekurang2nya ambil tahu keperluan dapur dan jangan bergantung sepenuhnya kepada isteri. Jangan pandai mengkritik sahaja. Jika tahu sama2 sibuk dan tidak sempat memasak, beli sahajalah.


3. ISTERI TUKANG BASUH PUNGGUNG ANAK. Tugas ini bukan kerja isteri sahaja, suami juga perlu tahu melakukannya. Jangan beri alasan geli atau tidak biasa kerana alasan itu tidak boleh diterima memandangkan anak adalah tanggungjawab anda berdua. Jadi suami harus belajar menguruskan anak lebih2 lagi ketika kecemasan.


4. ISTERI KE PASAR. Sudah menjadi lumrah isteri yang perlu ke pasar. Suami selalu memberi alasan malas kerana tidak selesa, kotor dan terlalu banyak barang yang nak dibeli. Tugas ke pasar adalah kerja bersama. Sekiranya isteri tidak sempat ke pasar, sepatutnya suami mengambil tugas berkenaan.


5. ISTERI LEBIH TAHU. Setiap kali anak sakit, isteri yang selalunya bertanya itu ini kepada doktor mengenai kesihatan anak, sebaliknya suami hanya berdiam diri. Kononnya isteri lebih arif mengenai anak. Sepatutnya suami dan isteri sama2 bertemu doktor bertanya keadaan anak mereka.


6. ISTERI LIPAT KAIN. Melipat kain adalah kerja yang remeh bagi sesetengah orang. Bagi isteri yang bekerja, adakalanya tugas ini tidak sempat dilakukan dan menyebabkan kain bertimbun tanpa dilipat. Jadi suami harus faham dan membantu isteri melakukannya tatkala isteri sedang melipat kain. JANGAN PANDANG SAHAJA!!


7. ISTERI – pengorbanan. Lumrah isteri sering berkorban? Adakah ini benar? Sebenarnya ikatan sebuah perkahwinan menuntut pengorbanan kedua2 pihak dan ia sepatutnya adil. Sebagai contohnya sambutan perayaan. Buatlah jadual giliran agar memuaskan hati semua.


8. ISTERI KEJUTKAN SUAMI. Salah satu tugas isteri adalah mengejutkan suami dari tidur. Tiada salahnya jika suami kejutkan isteri sekiranya isteri keletihan. Apa kata ringankan tulang untuk bantu isteri uruskan anak2 di waktu pagi.


9. ISTERI PERLU BERALAH. Isteri selalu beralah atau bertolak ansur. Sepatutnya suami dan isteri sama2 mengalah agar tiada siapa menang @ kalah. Kedua2 harus timbang rasa dan bertolak ansur. Jangan kerana mempertahankan ego sebagai suami, anda meletakkan semua beban kesalahan pada isteri. Adakalanya suami juga harus mengalah.


10. ISTERI MEMBEBEL. Berleter sinonim dengan isteri. Bagaimanapun tidak semua isteri suka berleter dan kalau ya pun, adakalanya disebabkan suami. Suami juga apa kurangnya ada yang kuat membebel. Namun hati2 jangan sampai mengeluarkan kata2 tidak baik kerana ia menjadi racun dalam rumahtangga......


Opss...terberhenti plak..sebenarnya ada lagi 20 Salah Faham Rumah tangga nie.. Next time, aku akan entry lagi pasal nie. Ok...daaaaaaaaaa

Saturday, June 20, 2009

BILA DISAHKAN MENGANDUNG!!


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ...
I’m back again .. Erm..sebenarnya dah lama aku nak kongsikan citer pasal mengandung nie. Cuma aku tak b’kesempatan jerk. Maklumlah, nak entry kat office line tak clear sgt. So, t’paksala aku tunggu Angah aku balik dari b’cuti semester..Pe lagi aku pinjamla laptop die. Aku belum mampu lagi beli laptop..Insya Allah jika ada rezeki pasti akan ku miliki jua. Maklumlah..aku kan nak promote bisnes andaman aku.

Ok berbalik kepada tajuk d’atas..BILA DISAHKAN MENGANDUNG!! Oh My God..Syukur Alhamdulillah..Rezeki untuk menerima cahaya mata awal!! Aku & hubby memang tak jangka akan memiliki cahayamata s’awal tu. Aku masih ingat lagi tarikh nie..21hb Dec 2007..Aku buat ‘pregnancy test’ di Klinik Pro-Care Tampoi Utama..Rasa mcm tak percaya jerk doktor tu ucap tahniah..Pergh!! Pe lagi..happy sesangat!!! Kalau tak silap aku kandungan aku masa tu da 6minggu...So kandungan masih baru lagi..jadi kena jaga kandungan..Maklumla mcm2 bole b’laku..Aku apalagi..cepat2la bagitau Ibu Adam yang aku pregnant.Suke die...... tumpang gembira..Bila kandungan aku da menjangkau minggu ke-8 (8hb Jan ’08) aku pergi ke Klinik Kerajaan Tampoi Johor Bahru..Sebab masa tu aku tak tahan sesangat dengan ‘morning sickness’..Sehingga waktu keje ku terganggu..Asik pening kepala yang teramat2 sakit..Allah je yang tau keadaan aku time tuh.. Sampai je kat klinik tu..nurse minta ic & sijil nikah (p/s : tujuan memastikan sama ada nikah @ tidak). Kemudian, nurse minta aku buang air kecil bagi tujuan samada negatif @ positif. Nurse suh timbang..Erm..ms tuh berat aku sebanyak 66.5kg (p/s : aku tak berasa malu dgn berat aku nie ok..) Pastu, nurse amek darah aku sket bagi tujuan jenis darah aku..erm..darah aku jenis O+.. Bila semua da ok..Nurse bagi date next month untuk aku buat pemeriksaan.. Pergh..kalau mcm nie aku kena cutila setiap bulan...takpe2..demi baby..hiks..
Ok..next time aku continue citer pasal peknen nie ...

Minggu Yang Membuhsankan!!

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim...

Salam kepada semua pembaca setia blog ‘heljuliemuiz’..thank’s a lot kerana masih sudi meluangkan masa melayari blog ini. Cheeiitt tetiba jadi skema plak..Aku sebenarnya da lama sesangat nak entry anything story tentang diriku, anak @ anything yang menarik. Tapi disebabkan tugas aku yang amat penting, ku tinggalkan seketika blog k’sayangan ku ini. Kepada Ibu Adam..Ummi Muiz minta maaf bebanyak sebab tak nak updated blog nie always..Cowiee yerk...

Sejak dua menjak nie (dlm ms 2week’s)..aku kerja dalam keadaan yang m’buhsankan banget (sgt2)..Aku sendiri tak tau kenapa??Erm..patut ke aku luahkan dlm blog aku nie??Tapi tak salahkan kalau aku ingin b’kongsi citer dgn p’baca?? Tak salahkan..Sebenarnya apa yang aku luahkan sekadar lahir dalam hati.. Terus-terang aku katakan selama 2week’s tu aku tiada masa sesgt dgn anak bujang k’sayangan aku tuh..Sampaikan parent’s aku da bising sesangat. Abis nak buat camner..ade orang yg tak memahami dgn status aku. Kadang2 aku rasa mcm nk resigned jerk. Tapi bila aku fikir2kan balik..kalau aku tak keje, aku takde ‘duit sendiri’. Tak syokla kan?? Betul tak wahai Ibu Adam??

Aku sebenarnya busan sesangat dgn orang tak memahami status aku sebagai s’org isteri & ibu. Aku teramat penat bila membuat keje t’kejar2..Very tired!!!!! Akhhhhhh...AKU BOSANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN..... S’jujurnya aku tak penah campurkan hal keje & rumahtangga.. Dan aku jarang b’kongsi masalah dgn kengkawan @ sesape jerk..M’lainkan ‘sahabat’ yang paling aku hargai dirinya..iaitu Ibu Adam..Thank’s sahabat kerana selalu banget bagi kata2 semangat pada Ummi Muiz..SAYANG KAMU!!!!

Apa yang aku harapkan..semoga minggu2 yang mendatang akan menyenangkan aku..Al-Maklumlah minggu ke-3 nanti aku dpt ang-pow from my company sempena kehadiran aku pada Acara Jamuan P’tengahan ’09 di HQ Nilai..Thank’s kepada Nozomi Express..walaupun tak banyak mana..namun aku hargai pemberian mu. Sekurang2nya adela sket kan =) Dapatlah Ummi Muiz beli baju raya untuk family sendiri..hiks...daaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, May 27, 2009

~ T a g s F r o m I b u A d a m ~ No. 2

Salam...Sebenarnya sesangat nak jawab tag dari Ibu Adam (Nadira-Barry)..he3...Last2..curik2 masa jawab gak..Tags nieh berkenaan dgn spouse aku. Ini serba sedikit yang dapat aku catitkan dlm blog aku. Alah sekadar catitan jerk..kunun2..cam diary ler....Silalah baca..
1. Siapa nama pasangan anda?
~ HAIRUDIN BIN ASPAN ~
2. Umur beliau?
~ 30tahun 1bulan ~
3. Apa yg paling beliau minati?
~ Minat??!! Setahu aku, hubby suka kepada automatif yang berkenaan dengan kereta. Yang ini memang tak boleh nak halang ~
4. Karektor beliau?
~ Penyayang, Penyabar, Pendiam pada yang tak kenal..Bila dah kenal,erm mula mulut dier..ha3..Ringan tulang..he3..Maklumlah hubby wiffy bekerja. Pandai ambil hati, Suka memujuk aku bila aku merajuk..ha3... ~
5. Makanan kegemaran beliau?
~ Setahu aku dulu dier suke makan makanan yang pedas2 gilerr..tapi sejak kahwin dgn aku..hu3..Dah jarang makan pedas2.Sebab aku tak makan pedas..Hubby aku semua die makan melainkan batu & kayu jerk...ahakssss..Hubby aku tak cerewet..SELAMAT....ha3 ~
6. Macam mana beliau tidur?
~ Biarlah isteri die jerk yang tau macam mana..ahaksss ~
7. Perkataan pertama yang dilafazkan pertama kali jumpa anda?
~ 1st date kat Tanjung Leman,Kota Tinggi..ahaksss.."Iem..Abg menanti jawapan Iem nie..Sudi tak menjadi kekasih & teman hidup Abg selama2nye"..Malunya aku time tuh.. Last2, aku terima die juga. Walaupun pd hakikatnya aku sgt kecewa dgn 'cinta lama'. Thank U syg..kerana sudi terima ini..hu3..~
8. Apakah yang membuatkan anda suka pada beliau?
~ So romantic's gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ~
9. Apakah impian anda dan beliau?
~ Ingin menjadi seorang yang soleh & solehah, Di murahkan rezeki yang melimpah2 (semoga aku & hubby dapat mensyukuri apa yang telah diberikan olehNya), Ingin mendidik anak sehingga ke Menara Gading, Dapat memiliki rumah & perniagaan yang kami impi2kan, & Semoga Allah mengizinkan kami sekeluarga mengerjakan Fardhu Haji pada suatu hari nanti..aminnn ~

Remarks : Echeiittttttt...remarks kunun..he3..untuk ibu Adam..Ummi Muiz da jwb tag nieh..ok tak??Nie sume lahir dari hati....he3...

~ T a g s F r o m I b u A d a m ~ No.1

1. Sebelum abis belajar..


~ Camner erk nak citer..dulu ms sekolah, chat2 dgn member..kan besh kalo da keje..dapat pegang duit sendiri. Nak beli itu..beli ini..ha3..mcm2 la.. Rasa mcm mls jerk nak pikir2 buat homework ~

2. Sebelum kawin..


~ Erm..takde org nak marah ms nie (ms tu single mingle ;p) Pegi jerk mana2. Lagi2 da de lesen..Pantang jerk kete ayah ade kat umah. Mesti merayap..Abis jerk belajar dari COSMO terus dapat keje. Alhamdulillah..rezeki org kata..Dapat gaji jalan2 dgn family..kengkawan..he3...Memang nakal..he3..tapi Maruah kena jaga beb!! Ms nie boleh dok pilih2 pakwe lagi..tapi hakikatnye aku ramai kawan lelaki..but untuk memberi cinta memang sukar..Begitula kata hubby aku ~



3. Sebelum bekerja..


~ Berangan nak beli kasut tumit tinggi, baju blouse2...mekap2...Nak ade kete sendiri..Nak2 kete yang aku minat giler dari dulu sampailah sekarang (tapi still lom tercapai lagi)...~



4. Sebelum ada anak..


~ Asik berjalan jerk dgn hubby (kira dah kawin ler)...pantang ade duit dlm tangan, tengok wayang..Pastu citer besh2..ha3..Jalan mana2 berdua jerk...~

5. Sebelum..


~ Mengharapkan segalanya akan berjalan dengan baik..jika sebaliknya aku harap aku tabah hadapinya ~



5. Selepas..

~ Terima saja dengan hati yang redha..tak mau tangisi apa yg terjadi ~

Erm..agak2 ok tak jawapan tag's aku??hiks...pasni aku nak suh Adik Sha Sha & Kak Thalha jawab tag's nie

Saturday, May 16, 2009

~ T u m b u h G i g i ;p ~

salam...haluuuuuuuuuuuu...sebenar cite nie aku nk entry on 13.5.09..tp disebabkan k'busyan..so xsempat nk entry..hu3..
Nak cite sal Muiz nieh..sket jerk..saje nak memories kan cite die..he3..Muiz skang da tumbuh 1gigi bawah..tu pun adik ipar yg perasan..Ms tuh den ngah jemur kawin, pastu adik ipar jerit bgtau baby Muiz da tumbuh..pe lagi kelam kabut ler excited nak tengok..ha3..umo da 9bulan br tumbuh gigi..tp org kata..die jalan cepatt...mang xsabo nengok die jalan..ha3...

Friday, May 8, 2009

~ M u i z S u d a h 9 B u l a n ~

salam..

Semalam (7.5.09), Muiz genap 9bulan. Sekejap jerk masa berlalu. Kata sahabat baik (Ibu Adam) "Kalo 9bln yg lepas..da menunggu hari ;) " Apadaaa...teringat balik kesakitan tuh..uhuk..
Ok pasal Muiz nieh...die sekarang makin lasak..pantang lepa jerk ade jerk brg dlm mulut die. Riso betul aku!! So..sekarang setiap kali balik dari keje kena mop umah..kemas2 supaya benda2 yg tak sepatutnyer ade di lantai..he3..bukan mozek ea..umah bese2 jerk..Pastu skang die da pandai manjat2..Kalo kat umah nenek dier panjat kerusi..kalo kat umah parents dier..panjat pagar..ha3..Muiz..Muiz...

Now..Muiz aku rasa die da nak jalan kot..gigi tak tumbuh lagi..rasanya jalan dulu kot. Tak sabar nak tengok die dapat kaki..ha3..Muiz cepat jalan..Ummi & Papa nak belikan kasut..belikan basikal dan mcm2 lagi la..he3..ye ye jerk..He3..Apa yang penting?! Kasih Sayang...

Teringin nak jumpe ibu Adam & family..he3..bertahun2 kawan sampai sekarang tak jumpe2. Apa da..he3..Insya Allah jika di izinkanNya kami akan bertemu jua. Moga2 di kabulkan..Bole la Muiz & Adam main bola sesama ;)

Berbalik pasal Muiz...Muiz sekarang tak bole tinggal sorang2..mesti die jerit sekuat2 hatinya. Sanggup bekejar sampai ke toilet. Adeh!! Apa da perangai anak bujang mcm tuh Muiz!! Ummi tak shuke la...Riso nanti bila nenek tak ade kat umah..sape nak jaga Muiz??huh..Pening da tengok perangai Muiz tuh. Lalink...Adam pun syame gak kan...

Bila usia Muiz da masuk 9bln nieh, ummi harap Muiz jadi anak yg sholeh yerk..aminn..

Monday, May 4, 2009

~ T a h n i a h U n t u k R a u d h a h H u s n a ~

Salam..kali ini aku ingin berkongsi bersama dengan pembaca tentang kejayaan adik perempuan kesayangan ku. Tahniah!!Kenapa erk?? He3...Sebab dapat pingat emas dalam permainan Bola Jaring on Hari Potensi Tabika Kemas Bahagian Pulai on 2hb May 2009. Tak sangka betul adik aku berbakat dlm permainan bola jaring. Sanggup aku ambil cuti semata-mata ingin menyaksikan adik aku bermain bola..he3...

Aku gerak dari rumah dalam pukul 9 setengah pagi. Aku pergi bersama2 dgn Muiz, Irsyhad (Adik bungsu), My Mom serta jiran ku (anak die pun ikut main gak~). Sampai je lokasi yg dituju..pergh!!parking punyer la jauh..nasib baik ade kosong berhampiran dengan pintu masuk padang Sek Keb Seri Kenanga, JB. Untung adik aku belum start main..ha3..aku pesan adik aku macam2..he3..(pd hal adik aku da ngantuk giler..coz kena bangun pagi2)..Pastu turn sek adik da dipanggil..mula2 tuh kelam kabut sikit. Biasalah budak umo 6taun bermain bola jaring. Bayangkanlah ketinggian die org?? Dapatkah anda bayangkan ketika ini?? Ketinggian jaring tu sebanyak 6kaki. Kalau org dewasa mcm kite nie, ok la kan..masuk je bola..he3.. Cikgu, ibubapa yg menyaksikan permainan tersebut memberikan sokongan kepada Tabika Kemas Sg Perling, Tmn Perling. Dieorg siap jerit nama adik aku.."Husna..tangkap bola tuh".."Husna boleh!!" "Husna..jangan bagi org bola"..ha3..mcm2 lagi la...Seronok giler tengok adik aku main.. Adik aku dapat bola..masuk!!GOAL!!! ha3...tak sia2 ketinggian die tuh...ho3.. Apapun tahniah untuk RAUDHAH HUSNA BINTI RAHIM..kerana telah berjaya membawa sekolah anda ke Peringkat Daerah pada 18 May nie..GOOD LUCK FOR u!!!!!!