Monday, March 2, 2009

~ PERKENALAN PERTAMA TEMAN FRIENDSTER ~

p/s : hubby,muiz, cik husna wif cousin hubby on 1st Mar 09

p/s : pasangan bahagia =p

p/s : b'sama pengantin baru Asrizal & Norlina on 1st Mar 09



Bismillahirahmanirrahim,
Erm..camne erk nak mula kan citer..hu3...blur2 plokkkk...ok2, da dapat idea =p


Sabtu baru nie (28.2.09), aku blek kg wif my Hubby & baby Muizzuddin, Cik Husna (my lil sis) tak ketinggalan gak nak ikut..hu3..(adik kesayangan nie mang sentiasa ikut aku blek kg Hubby). Kali nie blek kg tak lama, hanya sekadar memenuhi jemputan perkahwinan sepupu Hubby & teman 'friendster' merangkap kawan sekolah adik ipar (adik Hubby). Kira aku blek kg, jenguk2 orang tua gak la =p

Dalam perjalanan ke Seri Medan, Batu Pahat...hujan dengan lebatnyer di 'highway'. Kenderaan semua nya b'gerak dgn perlahannya..Aku risau betul..Kalo ikutkan hati, mata ni nak jerk pejam. Tapi kesian plak kat Hubby..hu3.."sayang temankan Hubby 'drive' yerk =p ". Dalam jam 9pm, kereta Viva850 menuju masuk ke toll Air Hitam. Hubby kata, nak singgah rumah member..(hal2 lelaki..faham2 je la..bab kete..hu3). Sampai jerk kat Air Hitam, Hubby terkial2 m'cari rumah member dier..hu3.."cayang, mana umah Wan nie??Jauh lg ker??Cian anak kiter, kena air-cond kete.++ ujan lebat.. "

Last2 Hubby tel member die..hu3..da jauh tlepas rupenyer..Da sampai Pekan Pt. Raja baru hegeh2 nak tel member ;(..Last2 Wan tunggu kat simpang b'hampiran dgn kilang Fujitsu,Pt. Raja,BP..Akh..lega da sampai..grrrr..sejuk nyer..ujan makin lebat.Muizzuddin bole celik mata plak..pantang nampak kawan. Anak Wan, Hafizi~11bln (nm anak member abg) sebaya dgn Muizzuddin, tapi anak die tua 4bulan.hu3..da pandai mapah2,tapi takut nak jalan...dalam diam rupenyer Wan da nak + anak..ahaksssssss..da nak masuk 2 da anak dier..Giliran saya??? ha3..tungguuuuuuuuuu...nak tunggu Norlina, Kak Thalha, Hasniza & Scha tawen...

Bila sebut Norlina..(tp dlm frenster, Miss Leena~)..semalam (1.3.09) hari bersejarah beliau. hu3..lawanyer dier..b'seri2 giler..tkejut die bila aku datang ke majlis perkahwinan dier..ha3.. sebenarnyer mang t'ingin sgt nak jumper dier..suke Leena tengok Muizzuddin, geram katanyer..ho3..kalo suke, cepat2la timang anak sendiri..hu3..dlm masa yg sm aku jumper member frenster yang lain..antaranyer scha sha & mizz jielar..ha3..xsangka dapat jumper..dak 2org nie, org kg my Hubby..hu3..tkejut my Hubby camner aku bleh kenal dak 2org nieh..yg adik ipar aku dok sindir jerk, org kaki tenet mang ramai kawan..hu3..xde hal lah..b'kwn bia 1000 bsuami bia setia pd yg 1..ahakzzzzzzzzz..

Apapun, aku sonok sgt dpt jmpe member frenster..thank's Leena..krn majlis p'kahwinan anda, akak dapat jumper member frenster..ho3..hope, pasni dapat jumper lebih ramai lagi teman2 fresnter..ahakssssssss....






Saturday, February 28, 2009

~ MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN HAIRUDIN YANG MANJA ~ episod 1
















Tanggal 7hb Ogos 2008, lahirnya seorang putera dari hasil perkahwinan Hairudin Bin Aspan dengan Rahimahjuly Binti Rahim. Putera itu diberi nama MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN HAIRUDIN, pemberian nama itu hasil persetujuan kami suami isteri. Panggilan singkatan untuk putera kesayangan kami, MUIZ @ IZZUDDIN (orang2 pandai kata, panggil singkatan nama biarlah ade maksudnyer.

Kini usia putera kami, sudah memasuki usia 6bulan 21hari. 7hb March 2009 (b'samaan harijadi Kakek-Atuk Muiz, yang ke 53tahun) genaplah usianya 7bulan. Semakin meningkat usianya semakin manja sikapnya. Erm, nenek die terlalu manjakannya. Kadang-kadang geram aku di buatnyer. Bila fikir2kan balik, erm...anak sorang..

Sekarang Muiz da terlalu aktif, sejak da pandai masuk baby walker...huh..laju jerk. Da tak bole leka lagi. Kena sentiasa berhati2 & peka. Dapat je pape, trus masuk mulott..dapat kertas pon jadi. Nak beli mainan, Muiz cepat bosan..hu3..dok pk nak beli ape ntah...

Apapun, Muiz sekarang semakin manja. Pantang nampak ummi nyer blek keje, mesti dok mrengek nak mintak dukung. Selagi papa Muiz blom blek keje, slagi tu la ummi Muiz tak bole masak. Cian papa Muiz, blek keje kelaparan. Tapi papa Muiz ok..ahaksssssssssssssss..
thanks papa, selalu memahami apapun situasi..hahahaha..demi anak kite pa ;p

Setakat di sini saja catatan ku, next time ummi sambung lagi pasal Muiz ;p










Friday, February 27, 2009

~ APA ALASAN KITA ? ~

"Sibuklah bermesyuarat, tak sempat nak solat.
Nanti-nantilah tunggu ada masa!" Mudahnya beri
alasan. Senang beri dalih, konon kesibukan kerja
merantai kita untuk melaksanakan ibadah yang
wajib.

SOLAT lima waktu adalah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi
orang Islam. Solat juga tanda pertalian terus seorang hamba dengan
Allah. Oleh itu tidak wajar kita jadikan alasan sibuk kerja atau apa-apa
sahaja sebagai halangan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Rasullah bersabda yang bermaksud, Sesiapa yang lupa akan
sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah
mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang
dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: "Dan
dirikanlah solat untuk mengingati-Ku." (Riwayat Bukhari)

Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mengerjakannya
bermakna dia menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya
bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.

Besarnya peranan solat sehingga Allah tidak membenarkan
sebarang alasan untuk kita abaikan ibadah ini. Dalam sakit, apatah
lagi sihat, dalam apa sahaja cuaca dan tempat, solat tetap wajib
ditunaikan. Hatta jika terlupa sekali pin, apabila sudah teringat,
wajib kita tunaikannya atau gantikannya dengan kadar segera.

Wednesday, February 25, 2009

~ RAHSIA RUMAHTANGGA ~

Sering diperingatkan kisah rumah tangga hanya milik suami isteri sahaja.
Namun kadangkala, sama ada kerana terlalu bangga
dengan bahagia yang dimilikinya atau sengaja mahu menguar-uarkan
kehebatan pasangan masing-masing, mereka tanpa
sedar bercerita kepada orang lain mengenai
perihal rumah tangga sendiri.
Rasullah mengandaikan orang yang 'menbocorkan' rahsia
rumah tangga sendiri kepada orang lain
sebagai orang yang jahat.
Perbuatannya boleh mengundang pelbagai persepsi
orang lain, dan bakal membawa natijah buruk
yang bukan sedikit.
Dengan kata lain, rahsia rumah tangga
ialah sesuatu yang hanya boleh
dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan
anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah,
nasib masa depan dan
keselamatan keluarga.
Rasullah bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah
di hari kiamat kelak
adalah seorang lelaki yang melepaskan
hajatnya kepada isterinya
dan isterinya melepaskan
hajatnya padanya,
kemudian
ia menceritakan rahsia itu."
(Riwayat Ahmad)
Malah seorang isteri yang baik,
adalah seperti yang dibayangkan oleh Rasullah
dalam hadis baginda yang bermaksud,
"Tiadalah yang lebih manfaat
kepada seseorang yang beriman
selepas dia bertakwa kepada Allah,
yang lebih baik
daripada memiliki seorang isteri yang solehah.
Jika disuruh nescaya
ditaatinya dan apabila dipandang
menyukakan hatinya
dan jika ia tiada bersama,
ia akan memelihara nama baiknya,
sama ada pada dirinya
atau
harta suaminya."
(Riwayat an-Nasa'i, Ahmad dan Abu Daud)

~ KURANG AKAL, KURANG AGAMA ~

Dari Abdullah bin Umar katanya, Rasullah telah
bersabda yang bermaksud, "Wahai kaum wanita,
bersedekahlah kamu dan banyakkanlah istghfar
iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum
wanitalah yang lebih ramai menjadi peghuni
neraka."


Seorang wanita yang cukup pintar antara
mereka bertanya, "Wahai Rasullah, mengapa
kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi
penghuni neraka?"
Rasullah bersabda, "Kamu banyak mengutuk
dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka
yang kekurangan akal dan agama yang lebih
menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."
Wanita itu bertanya lagi, "Wahai Rasullah,
apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"


Rasullah bersabda, "Maksud kekurangan
akal adalah penyaksian dua orang wanita sama
dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang
dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita
tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam
yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan
Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan
kekurangan agam."


(Hadis Riwayat Muslim)

Monday, February 23, 2009

. : : testing : : .

testing2..
ahakssssssssss ...
saje2..
nanti ade masa
aku tulis blog
aku ea ,
can cin cau...

Friday, February 20, 2009

~ my 1st blog ~


assalamualaikum wbht...

salam pagi jumaat kepada pembaca...
akhirnya t'capai gak nk wat web sdri,
eceittttttt...cuba2 jerk,
asik dok tgok org pnyer,
t'ingin gak nk ade sdri ;p
last2 jadi gak,
thank's yerk ibu adam ;p
ok,sampai sini jerk
catatan julie ...
next time julie sambung g ;)