Friday, February 15, 2013

Cahayamata yang ketiga ..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh..


Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk terus menaip nukilan ummi di blog kesayangan ummi nie. Lama sungguh tak ummi tak bercerita.Maklumlah ummi sekarang sedang mengalami alahan disebabkan kandungan yang ketiga.Iye..ahli keluarga Abi dan Ummi semakin bertambah.Syukur Alhamdulillah rezeki dari Allah.Abi dan Ummi terima dengan hati terbuka.

Cerita disebalik kandungan ummi yang ketiga ni..bermacam-macam dugaan yang abi dan ummi terpaksa tempuhi.Masa mula-mula mengetahui ummi mengandung,ummi rasa gelap dunia ni.Tetiba ummi tengok adik (Zahra-anak kedua),ummi menangis.Mana taknya,masa tu adik baru je berusia setahun 2bulan.Masih lagi menyusu badan (biarpun da campur dari umur 6bulan)..adik masih mencari-cari 'kesedapan' die dari badan ummi.Masa Abi tau,Abi macam tak bole terima situasi tu.Ummi apatah lagi..takkan nak 'buang' pula kan.Ummi minta petunjuk dari ALLAH,semoga ALLAH berikan petunjuk yang terbaek untuk keluarga kami..akhirnya kandungan ummi 'kuat' sehingga sekarang.

Syukur..sehingga kini kandungan ummi da berusia 29minggu.Ini bermakna ummi ada masa lagi 11minggu untuk melihat ahli keluarga kami yang baru.Tentang jantina ummi tak kisah.Janji anak ummi sihat walafiat.Lagipun sebelum ALLAH dah kurniakan sepasang anak kepada abi dan ummi.Jadi kami tak kisah..

Ok la..ummi nak sambung buat tugasan di pejabat nie.
Kang marah plak HOD ummi ^___^
Nanti ummi sambung cerita lagi yerk..
Insha-Allah kita bertemu di masa akan datang..    

Saturday, October 20, 2012

Apa Khabar Semua?

Assalamualaikum..

Apa khabar semua kengkawan ummi..lama sungguh ummi tak menaip cerita2 terbaru tentang family ummi.Rindunye ummi nak bercerita lagi..Susah kalau menumpang di tempat orang ni.Dulu sebelum adik kawin bolela pinjam laptop sekejap..sanggup ummi sewa broadband..tapi selepas adik kawin..die da pindah..jadi susah sikitla nak berceloteh kat blog ni..

Apapun ummi akan cuba perlahan-lahan untuk bercerita tentang perkembangan terbaru anak-anak. Tak sedar da anak-anak ummi sudah semakin membesar sekarang.Abang sekarang da berusia 4tahun 2bulan..adik pula da berusia 1tahun 3bulan..Cepat je masa berlalu..Da bijak anak-anak ummi dan papa ni.Semakin comel kamu dihati kami..Ok la .. di sini ummi nak kongsi gambar 2 beradik nie..rindunye pada kalian...

 

Thursday, April 12, 2012

Kata-kata Yang Membuat Ramai Sebak ..

Dewasa ini, apabila kita sebutkan pasal pengertian CINTA, ramai daripada kita akan terus teringat kepada kekasih hati kita, sama ada teman wanita, teman lelaki, atau suami dan isteri. Namun, ramai yang lupa, pengertian CINTA yang sebenarnya luas, dan melingkupi keseluruhan kehidupan kita..

Pertama CINTA Allah, ia adalah satu kewajipan. CINTA yang paling agung dan perlu kita letakkan pada tahap tertinggi jika hendak dibandingkan dengan CINTA kita kepada perkara lain. Kedua CINTA Rasulullah, CINTA kepada junjungan besar kita, Nabi kita yang membawa syafaat kepada sekalian umat dan makhluk. CINTA terhadap baginda perlulah melebihi daripada segala CINTA terhadap makhluk yang lain.. Dan yang ketiga, CINTA yang sering kita lupa, sering kita abaikan,.. CINTA kepada orang yang menjaga kita dari kecil, memberi sepenuh kasih sayang kepada kita, sehingga kita besar dan berjaya, CINTA kepada ibu dan bapa..

PakarCinta ingin anda hayat bait-bait kata ini… semoga kita akan sedar.. dan dapat ingat kembali..

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir-fikirkanlah

* Bagai pusingan roda… sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa… dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita… dan kita akan bersabar dengan kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita… dan begitulah seterusnya… janganlah mengabaikan mereka, janganlah menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. jagalah mereka seperti mereka menjaga anda sewaktu kecil.. Jangan abaikan mereka…


Sayangilah ibubapa kita…insyaAllah kita akan disayangi oleh anak-anak kita pula..

Dipetik dari Ayat-Ayat Terindah


Cerdit to : pakarcinta.com


Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu, Ya Allah...

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.

cinta sang pencinta

Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah.. :)


cerdit to : pakarcinta.com

Doa Seorang Isteri Solehah

wanita solehah melayu

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..


Amin, Ya Rabbi Allamin.. ^____^


cerdit to : pakarcinta.com

Wednesday, April 4, 2012

Kuatkanlah keimanan ku ..

Assalamualaikum..

sekadar ingin menyatakan : Ya ALLAH .. kuatkanlah semangatku untuk menempuh segala ujian yang telah engkau berikan kepadaku. Jauhkanlah aku dari perasaan sangsi dan curiga padaMU. Aku mohon keampunan kepadaMu agar aku tenang dalam urusan dunia. Dekatkanlah aku padaMu agar aku ada bekalan ke sana...

Nota kaki : Lately,macam2 ku kena lalui..hanya mampu bersabar.

Saturday, January 7, 2012

Sama tak muka kami? ^____^

Assalamualaikum..sihat tak semua? Kali ini takde story sgt..Cuma nak berkongsi gambar dgn pembaca jerk..Gambar kat atas tu ada persamaan tak?hi3

Friday, December 16, 2011

Nur Zahra Humaira Binti Hairudin


Syukur pada Allah kerana telah mengurniakan kami seorang puteri yang comel. Sesungguhnya kehadiran beliau adalah sungguh AJAIB. Nak tahu tak kenapa ummi berkata begitu?Sebenarnya semasa beliau berada dalam kandungan sewaktu usia kandungan 6bulan,ummi scan beliau adalah 'seorang lelaki'.Tapi Allah LEBIH MENGETAHUI KEHADIRAN beliau.Ummi dan Papa sangat terharu dengan pemberian dariNYA dan bersyukur sangat-sangat.

Gambar di atas adalah adik kepada abang a.k.a Muiz..

Detail adik Muiz :
Nama - Nur Zahra Humaira Binti Hairudin
Tarikh Dilahirkan - 18th July 2011
Berat - 3.3kg


P/s : pssstttt...line tak clear sangat nie..next time ummi sambung story pasal Zahra ye...