Thursday, April 12, 2012

Doa Seorang Isteri Solehah

wanita solehah melayu

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..


Amin, Ya Rabbi Allamin.. ^____^


cerdit to : pakarcinta.com

Wednesday, April 4, 2012

Kuatkanlah keimanan ku ..

Assalamualaikum..

sekadar ingin menyatakan : Ya ALLAH .. kuatkanlah semangatku untuk menempuh segala ujian yang telah engkau berikan kepadaku. Jauhkanlah aku dari perasaan sangsi dan curiga padaMU. Aku mohon keampunan kepadaMu agar aku tenang dalam urusan dunia. Dekatkanlah aku padaMu agar aku ada bekalan ke sana...

Nota kaki : Lately,macam2 ku kena lalui..hanya mampu bersabar.

Saturday, January 7, 2012

Sama tak muka kami? ^____^

Assalamualaikum..sihat tak semua? Kali ini takde story sgt..Cuma nak berkongsi gambar dgn pembaca jerk..Gambar kat atas tu ada persamaan tak?hi3

Friday, December 16, 2011

Nur Zahra Humaira Binti Hairudin


Syukur pada Allah kerana telah mengurniakan kami seorang puteri yang comel. Sesungguhnya kehadiran beliau adalah sungguh AJAIB. Nak tahu tak kenapa ummi berkata begitu?Sebenarnya semasa beliau berada dalam kandungan sewaktu usia kandungan 6bulan,ummi scan beliau adalah 'seorang lelaki'.Tapi Allah LEBIH MENGETAHUI KEHADIRAN beliau.Ummi dan Papa sangat terharu dengan pemberian dariNYA dan bersyukur sangat-sangat.

Gambar di atas adalah adik kepada abang a.k.a Muiz..

Detail adik Muiz :
Nama - Nur Zahra Humaira Binti Hairudin
Tarikh Dilahirkan - 18th July 2011
Berat - 3.3kg


P/s : pssstttt...line tak clear sangat nie..next time ummi sambung story pasal Zahra ye...

Friday, November 18, 2011

Bersiaran kembali ^___^


Assalamualaikum..
Ya Allah..lamanya tak berblogging..dulu masa tengah preggy zahra ummi malas bebenor :) Mood takdela nak bercerita..ni sampai zahra da keluar da pun..malas juga..takpe2..ummi akan story pelan-pelan..Apapun,ummi selitkan sedikit wajah ahli keluarga baru dlm family ummi ..


Ini je yang ada dalam pc ummi (kat opis)..nanti ada masa ummi ceritakan detik2 melahirkan si zahra ni :)

Wednesday, June 15, 2011

Masa itu akan tiba ....


Salam semua..lamanya ummi tak updated story kat blog ni.Al-maklumla penyakit 'M' sentiasa melanda dalam diri nie sejak2 preggykan adik muiz :) (seribu satu alasan je ummi nie..hi3)..

Di saat ini kandungan ummi sudah mencecah 36minggu 2hari..Bermakna lebih kurang 3minggu lebih je ummi dah nak bersalin.Hu3..rasa seram pun ada juga nie.Tapi ummi redha je la..bukan semua wanita dapat merasai saat2 semasa mengandung..saat2 melahirkan..saat2 menyusukan anak :) Ouh sungguh rindu saat itu...(haiya..sudah kehilangan idea plak)..hu3

Okla..dipendekkan cerita..ummi sebenarnya ingin memohon keampunan kepada kawan2 yg sudi menjengah blog ummi yang tak seberapa nie.Sekiranya ada perkataan yang menyinggung perasaan kawan2,ummi mohon maaf.Sesungguhnya yang baek itu datang dari Allah SWT..yang buruk itu datang dari kekhilafan ummi sendiri.Doakan ummi selamat melahirkan dengan kaedah normal..Semoga ummi dan baby selamat..InsyaAllah..amin




Thursday, May 26, 2011

Cerita Sementara :)

Assalamualaikum...Ya Allah..Lamanya ummi tak updated blog nie.Sebenarnya banyak cerita ummi nak kongsikan disini.Tapi disebabkan 'kemalasan' yang telah melanda diri ummi dalam beberapa bulan ni,agak terbantut sedikit untuk ummi membuat penulisan :P Sejak ummi preggy'kan 'adik' Muiz nie..macam-macam dugaan yang terpaksa ummi tanggung.Tapi ummi redha dengan ketentuan Illahi,pasti ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku..

Untuk pengetahuan pembaca semua, ummi sekarang sarat mengandungkan 'adik' Muiz..maksudnya kandungan ummi sudah mencecah 33minggu (8bulan 1minggu 3hari)..Bererti ummi ada masa lagi 7minggu untuk melihat 'adik' Muiz..Tak sabar rasanya..Mengenai jantina adik muiz ni,ummi belum buat pengesahan untuk kali kedua.Masa kandungan ummi 6bulan, doktor ada bagitau bahawa anak ummi ni lelaki.Tapi ummi tak berharap sangat.Janji anak ummi sihat..

Adeh..dah tak tau nak cerita macam mana lagi..Sebab saat ni,adik ummi dok aktif banget dalam perut ummi.Kejap ke kiri kejap ke kanan..pastu geli-gelikan perut ummi la..pastu mengeras la..Kalau bab mengeras ni,ummi tak bisa tahan lagi..Sakit sangat2..terus ummi belai2 adik,suruh dok diam-diam..Alhamdulillah,adik dengar kata..Sama macam abg Muiz :)

Nota Kaki : Alahai..sungguh otak ummi 'beku' ketika ini..Terlalu banyak keje untuk dibereskan..Banyak keje yang harus diagihkan kepada 'staff baru'..hu3..Maaf ye kengkawan..Ummi akan cuba 'bersiaran kembali'...

Tuesday, January 11, 2011

Mencari gadget untuk BF kan baby kelak

Autumnz-Cooler Tote
AUTUMNZ BREASTMILK STORAGE BOTTLES (8 BOTTLES)
Medela Manual Breastpump

Salam semua..lamanya ummi tak berblogging.Mood agak berkurangan untuk berhadapan dgn komputer la..Mood yang amat2 malas.Masa Abg Muiz dulu,ummi rajin jerk.Preggy kali ni agak teruk juga.Tapi cuba melawan untuk melayan perasaan malas..hu3..

Mesti ramai tertanya dengan gambar2 diatas tuh..kenapa erk?! Sebab ummi nak full breesfeeding untuk adik Muiz nanti.Masa abg Muiz ummi sempat 3month ++ jerk.Lagipun masa tu ummi cetek ilmu bab BF nieh.Sangat cetek.Kali ni ummi akan berusaha untuk menyusukan adik muiz nanti..Ummi tengah search gadget BF di sarakids.com


Nota kaki : Kengkawan doakan misi ummi berjaya yerk...