Monday, July 20, 2009

~ Bayi Dalam Kandungan Ummi ~

Salam kepada pembaca setia blog ‘heljuliemuiz’..Entry kali nie ummi nak citer pasal baby sewaktu Muiz dalam perut..Sebenarnya dah lama nak entry citer nie. Asik tertangguh jerk disebabkan keje yang terlalu banyak.Terima kasih kepada anda yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ummi nie =) Lagipun ummi entry story nie supaya anak2 ummi tau macam mana mereka dalam perut ummi =)

Sewaktu kandungan ummi masa 2-3 bulan, ummi mengalami alahan yang teramat teruk sesangat. Sampaikan ummi terpaksa amik cuti jerk, cuti tanpa gaji plak tuh. Setiap pagi ummi pening kepala..mengalahkan sakit migraine. Pastu ummi senantiasa lapar yang teramat2..Terpaksala standby nestum and milo panas.. Orang kata itu memang alahan biasa. Tapi kadang2 memang ummi tak tahan sangat. Ummi terpaksa berehat di bilik musolla opis =) Ummi tido jap..he3

Lagi satu, ummi nie masa pregnant tak kuat makan tau. Setiap kali check berat susah sangat nak naik. Nasib baik la misi tak marah..hu3..Sebenarnya seronok tau bila baby dalam perut seorang isteri. Ya la, lagipun ade hikmahnya di sebalik kita mengandung. Besar pahalanya..Masa pregnant ummi selalu jatuh..kat opis tergelincir kat pantry. Masa tu kandungan ummi da 5bulan. Alhamdulillah, Allah masih selamatkan kandungan ummi. Kat tangga opis ummi sekali, hu3..asik jatuh jerk masa ummi pregnant. Kat bilik air umah pun sekali..tapi masa tu ummi tak pernah bagitau papa pasal ummi jatuh. Bila ummi da tak tahan sakit pinggang.. Barula ummi bagitau papa..sampai kena marah dengan papa..hu3..ampun papa..lenkali tak buat lagi...Setiap kali ummi balik kampong papa kat Seri Medan, Batu Pahat mesti ummi pegi urut dengan bidan, Mbah Pani [Erm..betul kot namanyer..ummi lupe la =) ] Sampai die kata kuatnya anak kamu..Die asik cakap, “Anak mu wedok nieh ~ versi jawa daaa =) ] maksudnye anak dalam kandungan ummi ni pompuan..Ummi senyum je la..pd hal ummi da tau anak ummi lelaki.. Lagipun ummi memang berharap anak sulung lelaki =)

Masa pregnant banyak makanan yang ummi tak boleh makan..Antara yang ummi ingat ialah sotong, udang & air kelapa..Erm..pembaca mesti nak tau kenapa..Itu semua adat orang jawa..orang jawa memang kuat dengan adat..Jadi ummi ikut jela.Yang ummi ingat la..sotong tak bole makan sebab..cube kite bayangkan pergerakan sotong tu [fikirkan sejenak...erm] Ibu ummi kata..nanti bila baby da nak kua..die masuk balik [terpulangla nak percaya @ tidak, kuasa Allah] Kalau air kelapa plak, nanti badan kite akan lemah dan tak kuat nak meneran nanti..Ummi pun rajin gak minum air kelapa tuh. Tapi bila kandungan da masuk 7bulan, ummi stopped terus..TAKUTTTTTTTTTTTTTTTTTTT...
Erm..kepala pun da berat,so next time Ummi akan bercerita lebih lanjut tentang pengalaman Ummi semasa pregnant..Insya Allah..Kita hanya merancang Allah yang tentukan..Kepada ibu2 mengandung, jagala kesihatan anda. Ikutila pantang larang orang2 dulu. Anda akan lihat keberkesanan selepas bersalin nanti. Ummi berkongsi amalan2 semasa mengandung serta pantang larang yang ummi tau serba sedikit..Wassalammmmm

~ Tag's Dari Tieha ~

Salam kepada pengikut setia blog ‘heljuliemuiz’…lately terlampau busy sesangat. Namun aku akan cuba curik2 masa untuk meng’updated blog ku ini. Ditengah2 kesibukan aku melayan laporan kerja..aku cuci mata sekejap untuk melayari blog kawan ku..erm..perkenalan kami masih baru..Beliau adalah orang kampong hubby aku..Asal Seri Medan, Batu Pahat..Thanks yer kerana sudi menjudi rakan saya =p

Ok..untuk
http://tieha8384.blogspot.com di sini ummi Muiz nak menjawab tag dari anda..Mari kita lihat apa jawapannya =) Hope puashati yerk dgn jawapan ummi Muiz =p Sebab masa ummi Muiz buat nie..kepala ngah kusut kejap kira over-time staff..huawaaaaaaaaa…..Relaxxxxxxxx
~APAKAH PERASAAN ANDA?~.
Saat jawab nie..kepala ummi ngah kusut gilerrrr..tak dapat nak gambarkan..tetapi bila lihat wajah Muiz…anak kesayangan hamba..terus happy…sebab tu kalau bole, bila bell punch card kat opis bunyi..nak cepat2 balik..tak suke tengok situasi yang hingar bingar..makin migraine ummi Muiz dibuatnyerrr…
~SAYA NAK MAKAN..~.
Erm…kalau bole nak makan coklat..aiskrim..ais kacang..ape2 ajela..but now..ummi Muiz dalam proses diet..ha3…sebab berat ummi Muiz naik mendadak..So, chayukkkkkk ummi Muiz!!!nanti papa Muiz bole belikan ummi baju kebaya pinky..hikssss…
~SAYA TAK SUKA..~
Ummi Muiz tak suka suasana yang amat bising..fenin kepala woooo..tak suka orang yang bermuka2..depan lain belakang lain..tak suka tengok rumah bersepah,,Aippp..papa tolong jangan sepah2kan baju anda..ha3
~IMPIAN SAYA~
Erm..banyak sangat yang di impikan..Insya-Allah jika ada rezeki ummi Muiz nak buka Butik Andaman [impian dari dulu =) ]..Nak beli laptop @ desktop sendiri agar ummi Muiz dapat berkarya dalam blog nie..hiks…Yg lain2…of course la..jika berkemampuan ummi Muiz & papa Muiz nak menjejaki bumi Makkah..aminnn
~HAIWAN YANG SAYA TAK SUKA..~
Binatang yang berkulit licin….pastu..nie kira kategori tak sukala kan..kucing!!!! ummi Muiz memang geli dengan bulu dier..bukan per, bole bawa penyakit, Dulu masa kecik2, ummi Muiz hampir kena ‘semput’ gara2 bulu dier. Tapi umah nenek Muiz sebelah papa die,suke bela kucing..So??? Kena hati2…he3
~HARAPAN SAYA..~
Banyak harapan ummi Muiz sebenarnya..tapi salah satunyer..hope ummi & papa Muiz dapat mendidik Muiz dari segi agama dan pendidikan…~JIKA MASA BOLEH BERPUTAR..~
Ummi Muiz nak kembali ke zaman sekolah..nak belajar bersungguh2..pastu dapat sambung belajar..demi adik2 terpaksa aku korbankan..sekarang ummi Muiz terfikir balik nak continue study..Lagipun orang kata belajar tak kira umur kan...
~HANDPHONE SAYA ADALAH..~
Sebenarnya ummi Muiz nie jenis yang suka pakai sesuatu barang dengan masa yang agak lama..tapi disebabkan ummi Muiz nak beli kamera..jadi sekali beli dapat handphone..he3…H/p yang ummi Muiz pakai sekarang adalah SE K550i..kalau tak silap baru 9bulan pakai..hope berpanjanganla..sayang tuhhh~
SAYA PERNAH BERCINTA SEBANYAK..~.
Ni cinta monyet or betul2 =) Ha3…kalau monyet banyak gak..ade yang putus disebabkan kawan..ade yang putus sebab parents tak suke..ade yang putus disebabkan pakwe curang..last2, jumpe papa Muiz..kawin…kekal sampai sekarang (cube kira..bape kali ummi Muiz bercinta) ha3......
~SAYA SUKA PADA..~.
Of coursela my lovely Hubby and Baby bucuk Muiz =p ..Kehidupan yang tenang..spent time with family..Ummi Muiz suke kepada kecantikan..~KAWAN-KAWAN SAYA ADA..~Ummi Muiz ramai kawan..tak kira umur..ummi suke berkawan..sebab suka tukar pendapat..ummi suke kawan yang pandai menghargai perhubungan..bijak memahami hati ummi..kawan yang benar2 memahami ummi ketika ini adalah Ibu Adam..kami da hampir 3tahun berkawan [Erm..betul ke Ibu Adam??Hikss..]..Seagala susah senang kami kongsi bersama..Antara kami ada chemistry. Dapat anak pun sama tahun..Dua2 dapat boy..Kalau kawan kite da tak suke ngan kiter, Ummi diam je la..Malas nak fikir2..Kisah lalu biarkanlah..hu3…
~PERNAH DIKHIANATI..~
Paling Ummi tak boleh lupe sampai sekarang pasal pakwe Ummi curang...Rupenyer Ummi nie awek yang ke4..hampa betolll!!!Kurang ajar punyer jantan!!!Tup2..papa Muiz masuk ‘line’..he3….

~PERASAAN YANG AKU PALING BENCI~
Orang kata wajah Ummi Muiz nie ‘lembut’..tapi sebenarnya Ummi Muiz nie panas baran tau…Erm, maybe disebabkan Ummi Muiz anak sulung dalam adik beradik..tu yang panas baran..sekali marah meletup dunia..ha3..Ade tak petua untuk hilangkannya???Erm…
~APA YANG ANDA MAHU LAKUKAN KEPADA ORANG YANG KHIANATI ANDA?~
Setiap perbuatannya biarlah Allah yang balas..Nabi Muhammad SAW tidak ajar kita berdendam…
~SENARAIKAN 8 ORANG YANG ANDA NAK TAG ~
@ Dira@Dia Ibu kepada Adam
@ Kak Ina Ibu kepada Damia
Dan sesiapa saja yang ingin menjawab tag dari saya…

Thursday, July 16, 2009

~ Tag Pasal Baby ~

Salam kepada pembaca setia blog ku ini..Sibuknyer aku sehingga terleka nak entry story..Aku terlalu banyak hutang story dalam blog ku ini..Story pengalaman peknen tak habis2 lagi..hu3...Ya Allah Ya Tuhan ku..permudahkanlah rezeki HambaMu ini..agar aku dapat memiliki laptop sendiri =) Aminnnnnn....


Ok..untuk Ibu Adam..Ummi Muiz nak jawab tag dari anda nieh..Mari kita lihat apa jawapannyer =)

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
Setakat nie baru seorang. Alhamdulillah..akhirnya Allah makbulkan doa aku kerana mengurniakan ku seorang bayi lelaki =p


[ lagak seorang bujang ]

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Erm..kalau ikutkan hati Muiz umur 2 tahun nak tambah. Tapi bila my mom remind jgn tambah dulu..So terbantut sket. Bukan tak bagi..die kata bagila ekonomi kami sekeluarga stabil dulu. Pastu, Cik Una & Pak Usu Irsyhad Muiz..kecik2 lagi..tunggu Pak Usu Irsyhad sekolah darjah 1 @ 2..maknanyer 3 tahun akan datang..erm...

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Muhammad Muizzuddin Bin Hairudin
Terkial2 mencari buku namakan bayi =)
Muhammad bermaksud Yang terpuji, dirahmati..
Muizzuddin bermaksud Penyokong Agama..

[ gayat bila turun dari gelongsor..ha3]

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Papa Muiz..Ummi Muiz tak berpeluang nak bagi nama..tunggula 2nd baby =p

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Aku plan nak pangkal huruf depan dan perkataan kedua nak sama dgn nama aku and hubby...Ntah macam mana, papa Muiz dok belek2 buku namakan baby..tetiba cakap pe kata letak je nama Muhammad Muizzuddin..Hu3, Ummi kata letak je la janji maksudnyer baik2..

6.Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...
apakah nama yang akan anda beri?
Kalau dikurniakan lelaki lagi..maybe Muhammad Iman kot..
Kalau perempuan maybe..Nurul Iman Balqis =)

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang..
nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
Ho3...aku baru anak sorang..so, tak bole jwbla yerk...

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....
anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
Tak kisah mana2...janji Ummi dan baby sihat..

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
Kuat merajuk...hu3..setakat nie pe yang aku nampak la...

[ So cute muke Muizz =) ]

10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.

~ 30 Salah Faham Dalam Rumahtangga ~ Ep. 2

Salam...sebelum tu aku pohon kemaafan kerana dah terlalu lama sangat aku tak entry story dalam blog nie..hu3..susahla nak story dalam office..ms terhad sangat..Pastu manager asik tengok jerk =(..[mestilah nak tengok staff die buat pe]..ha3...

Ok..kali ini aku nak sambung citer pasal 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga..hari tuh aku bagi 10 jerk Salah Faham tu..Kali nie aku nak sambung lagi 20 Salah Faham tue..Hope bole dijadikan panduan kepada yang sudah berumahtangga & bakal mendirikan rumahtangga..Mari kita lihat ape 20 Salah Faham Dalam Rumah Tangga tu =)

11. ISTERI SUKA KUMPUL PINGGAN MANGKUK – Memang sifat semulajadi isteri suka mengumpul pinggan mangkuk. Suami sepatutnya menyokong isteri dalam hal ini kerana ia ada kebaikannya terutama ketika ada majlis di rumah. Suami mungkin tidak terfikir mengenai keperluan itu. Namun janganlah kumpul kerana ingin menunjuk-nunjuk (renung2kanlah...)

12. ISTERI BUAT PERSIAPAN HARI RAYA – Selalunya isteri yang sibuk membuat persiapan dan segala keperluan hari raya. Suami jarang mengambil tahu perkara itu. Seharusnya suami turut membantu atau memberi wang untuk keperluan berkenaan bukan bergantung kepada isteri sahaja. (Erm..kadang2 berlaku juga..hu3)

13. ISTERI MEMULAKAN PERBUALAN – Dalam banyak situasi, isteri sering memulakan perbualan. Suami seolah-olah hilang idea untuk berbual bersama isteri. Apalah salahnya sekiranya anda berbual seolah-olah sudah lama tidak bertemu. (Hiks..yang ini memang..hubby tu pendiam sikit..ha3)

14. ISTERI MOHON MAAF PADA SUAMI – Orang pertama yang sering menghulurkan tangan memohon maaf adalah isteri sedangkan dalam rumahtangga suami isteri sering melakukan kesilapan. Suami tidak perlulah tunggu isteri memohon maaf, anda juga perlu melakukannya agar rumahtangga lebih ceria.

15. ISTERI PEMBERSIH – Setiap orang mengimpikan sebuah rumah yang bersih dan kemas apabila berkahwin. Namun ada kalanya impian itu tidak menjadi kenyataan kerana isteri tidak suka mengemas. Jika anda tidak suka rumah bersepah, anda harus lakukan sendiri.

16. ISTERI MESTI CANTIK – Cantik juga subjektif. Ada lelaki yang suka isterinya bersolek dan ada juga yang lebih suka isteri tanpa solekan. Bagaimanapun suami ingin melihat isterinya kemas, kurus dan cantik. Tetapi wanita sebenarnya kurang masa untuk melakukan itu semua kerana perlu menguruskan banyak urusan rumahtangga. Jadi kalau mahu isteri sentiasa cantik, carilah pembantu rumah. Satu lagi, suami juga jangan harap isteri sahaja perlu jaga badan, mereka juga perlu berbuat demikian.

17. ISTERI TIDAK BOLEH KELUAR MALAM – Tangganpan ini sudah tidak sesuai lagi pada zaman ini. Dulu memang tidak elok wanita keluar malam tetapi keadaan sudah berubah. Ada yang syif malam dan kini membeli belah juga lebih selesa di waktu malam. Namun isteri harus meminta izin suami.

18. ISTERI SEBAGAI ‘ORANG RUMAH’ – Isteri selalu dilabelkan sebagai orang rumah yang perlu duduk di rumah dan tidak boleh keluar. Pendapat ini salah kerana suami juga adalah orang rumah kerana tanggungjawab rumahtangga adalah urusan pasangan.

19. ISTERI PERLU SABAR – Selalunya isteri sering beralah dan bersabar dengan suami. Suami juga sering melepaskan rasa marah kepada isteru. Suami juga harus bersabar.

20. ISTERI LEMAH LEMBUT- Tidak semua isteri lemah lembut tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menguruskan rumahtangga dengan baik. Jangan terkejut jika isteri juga adakalanya naik angin. Suami harus faham keadaan ini.

Untuk pembaca semua, aku akan sambung pada entry akan datang. Kerana aku kesuntukan untuk menghabiskan citer nie..Jadi aku 'hutang' 10 lagi Salah Faham Dalam Rumahtangga..=p Tunggu pada entry akan datang yerk ...

Friday, July 3, 2009

~ H e p i B u f d a y T o M y I b u ~

Assalamualaikum kepada semua pembaca..dah lama sgt aku tak entry story. Nak sambung story pengalaman pregnant pun tak menyempat2..Terlalu sibuk sesangat..huawaaaa....
Di hari Jumaat yang berbahagia nie..hari ni adalah bufday Ibu kesayangan aku. Sedar tak sedar da b'umur 48tahun dier. Tapi org tak kan percaya dgn umurnye. Sbb masih npk muda lagi. Ha3.. Kdg2 kalo bjalan2..org kata mcm Kakak & Adik gitu..Aku tak kisah pun...So, apa erk hadiah untuk my mom??? Sebelum aku p lunch..dok pk2..ape erk nk bg??Last2..aku t'pk nak belikan tudung..erm..bolehla..setakat yg mampu aku belikan untuk org t'sayang..Apapun Hepi Bufday Ibu. Hanya itu yg Along mampu belikan...pengorbanan mu tidak mampu untukku membalasnye. Terima kasih kerana sudi menjaga tika aku dalam pantang. Kini aku sudah merasakan kesakitanmu sewaktu diri mu melahirkan diri ku. Pengalaman yang tak dapat aku lupakan sehingga kini. Terfikir sejenak di dalam hati, rasanya begitu serik untuk aku melahirkan anak. Tapi Allah Maha Kuasa...Jika diberikan lagi anugerah..aku terima dengan hati yang terbuka...
Bufday Ibu aku hari nie..tak lama lagi bufday aku plak =p Lagi 25hari jerk... ha3

Wednesday, June 24, 2009

# 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga ~ Ep.1 ~


Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog kesayangan ku ini ‘heljuliemuiz’..
Baru-baru ini aku ada membeli salah satu majalah kesayanganku iaitu Majalah Nur Edisi Julai 2009 (PP1897/08/2009(021775). Jadi aku ingin berkongsi dengan kalian tentang 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga yang sering berlaku dalam setiap rumahtangga. Dari pengalaman aku selama hampir 2tahun mendirikan rumahtangga adala juga salah faham. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran aku dapat atasinya.. Ok mari kita lihat 30 Salah Faham Dalam Rumah Tangga dan aku harap boleh dijadikan panduan kepada pasangan suami isteri yang bekerja :-

1. ISTERI TUKANG CUCI. Para suami ingatlah bahawa isteri bukan tukang cuci. Bagi pasangan yang bekerja, fahamlah apabila pulang ke rumah anda berdua pasti keletihan. Jadi bekerjasamalah menguruskan rumah. Jangan hanya melepaskan kepada isteri sahaja. Sekiranya berlaku penat, biarkan sahaja jangan mendesak atau membuat pelbagai permintaan kepada isteri.

2. ISTERI TUKANG MASAK. Sedarlah isteri bukan tukang masak. Sewajarnya isteri diberi peluang untuk memasak tau tidak. Suami harus berterima kasih kepada isteri yang memasak untuknya. Ringan tangan membantunya @ sekurang2nya ambil tahu keperluan dapur dan jangan bergantung sepenuhnya kepada isteri. Jangan pandai mengkritik sahaja. Jika tahu sama2 sibuk dan tidak sempat memasak, beli sahajalah.


3. ISTERI TUKANG BASUH PUNGGUNG ANAK. Tugas ini bukan kerja isteri sahaja, suami juga perlu tahu melakukannya. Jangan beri alasan geli atau tidak biasa kerana alasan itu tidak boleh diterima memandangkan anak adalah tanggungjawab anda berdua. Jadi suami harus belajar menguruskan anak lebih2 lagi ketika kecemasan.


4. ISTERI KE PASAR. Sudah menjadi lumrah isteri yang perlu ke pasar. Suami selalu memberi alasan malas kerana tidak selesa, kotor dan terlalu banyak barang yang nak dibeli. Tugas ke pasar adalah kerja bersama. Sekiranya isteri tidak sempat ke pasar, sepatutnya suami mengambil tugas berkenaan.


5. ISTERI LEBIH TAHU. Setiap kali anak sakit, isteri yang selalunya bertanya itu ini kepada doktor mengenai kesihatan anak, sebaliknya suami hanya berdiam diri. Kononnya isteri lebih arif mengenai anak. Sepatutnya suami dan isteri sama2 bertemu doktor bertanya keadaan anak mereka.


6. ISTERI LIPAT KAIN. Melipat kain adalah kerja yang remeh bagi sesetengah orang. Bagi isteri yang bekerja, adakalanya tugas ini tidak sempat dilakukan dan menyebabkan kain bertimbun tanpa dilipat. Jadi suami harus faham dan membantu isteri melakukannya tatkala isteri sedang melipat kain. JANGAN PANDANG SAHAJA!!


7. ISTERI – pengorbanan. Lumrah isteri sering berkorban? Adakah ini benar? Sebenarnya ikatan sebuah perkahwinan menuntut pengorbanan kedua2 pihak dan ia sepatutnya adil. Sebagai contohnya sambutan perayaan. Buatlah jadual giliran agar memuaskan hati semua.


8. ISTERI KEJUTKAN SUAMI. Salah satu tugas isteri adalah mengejutkan suami dari tidur. Tiada salahnya jika suami kejutkan isteri sekiranya isteri keletihan. Apa kata ringankan tulang untuk bantu isteri uruskan anak2 di waktu pagi.


9. ISTERI PERLU BERALAH. Isteri selalu beralah atau bertolak ansur. Sepatutnya suami dan isteri sama2 mengalah agar tiada siapa menang @ kalah. Kedua2 harus timbang rasa dan bertolak ansur. Jangan kerana mempertahankan ego sebagai suami, anda meletakkan semua beban kesalahan pada isteri. Adakalanya suami juga harus mengalah.


10. ISTERI MEMBEBEL. Berleter sinonim dengan isteri. Bagaimanapun tidak semua isteri suka berleter dan kalau ya pun, adakalanya disebabkan suami. Suami juga apa kurangnya ada yang kuat membebel. Namun hati2 jangan sampai mengeluarkan kata2 tidak baik kerana ia menjadi racun dalam rumahtangga......


Opss...terberhenti plak..sebenarnya ada lagi 20 Salah Faham Rumah tangga nie.. Next time, aku akan entry lagi pasal nie. Ok...daaaaaaaaaa

Saturday, June 20, 2009

BILA DISAHKAN MENGANDUNG!!


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ...
I’m back again .. Erm..sebenarnya dah lama aku nak kongsikan citer pasal mengandung nie. Cuma aku tak b’kesempatan jerk. Maklumlah, nak entry kat office line tak clear sgt. So, t’paksala aku tunggu Angah aku balik dari b’cuti semester..Pe lagi aku pinjamla laptop die. Aku belum mampu lagi beli laptop..Insya Allah jika ada rezeki pasti akan ku miliki jua. Maklumlah..aku kan nak promote bisnes andaman aku.

Ok berbalik kepada tajuk d’atas..BILA DISAHKAN MENGANDUNG!! Oh My God..Syukur Alhamdulillah..Rezeki untuk menerima cahaya mata awal!! Aku & hubby memang tak jangka akan memiliki cahayamata s’awal tu. Aku masih ingat lagi tarikh nie..21hb Dec 2007..Aku buat ‘pregnancy test’ di Klinik Pro-Care Tampoi Utama..Rasa mcm tak percaya jerk doktor tu ucap tahniah..Pergh!! Pe lagi..happy sesangat!!! Kalau tak silap aku kandungan aku masa tu da 6minggu...So kandungan masih baru lagi..jadi kena jaga kandungan..Maklumla mcm2 bole b’laku..Aku apalagi..cepat2la bagitau Ibu Adam yang aku pregnant.Suke die...... tumpang gembira..Bila kandungan aku da menjangkau minggu ke-8 (8hb Jan ’08) aku pergi ke Klinik Kerajaan Tampoi Johor Bahru..Sebab masa tu aku tak tahan sesangat dengan ‘morning sickness’..Sehingga waktu keje ku terganggu..Asik pening kepala yang teramat2 sakit..Allah je yang tau keadaan aku time tuh.. Sampai je kat klinik tu..nurse minta ic & sijil nikah (p/s : tujuan memastikan sama ada nikah @ tidak). Kemudian, nurse minta aku buang air kecil bagi tujuan samada negatif @ positif. Nurse suh timbang..Erm..ms tuh berat aku sebanyak 66.5kg (p/s : aku tak berasa malu dgn berat aku nie ok..) Pastu, nurse amek darah aku sket bagi tujuan jenis darah aku..erm..darah aku jenis O+.. Bila semua da ok..Nurse bagi date next month untuk aku buat pemeriksaan.. Pergh..kalau mcm nie aku kena cutila setiap bulan...takpe2..demi baby..hiks..
Ok..next time aku continue citer pasal peknen nie ...

Minggu Yang Membuhsankan!!

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim...

Salam kepada semua pembaca setia blog ‘heljuliemuiz’..thank’s a lot kerana masih sudi meluangkan masa melayari blog ini. Cheeiitt tetiba jadi skema plak..Aku sebenarnya da lama sesangat nak entry anything story tentang diriku, anak @ anything yang menarik. Tapi disebabkan tugas aku yang amat penting, ku tinggalkan seketika blog k’sayangan ku ini. Kepada Ibu Adam..Ummi Muiz minta maaf bebanyak sebab tak nak updated blog nie always..Cowiee yerk...

Sejak dua menjak nie (dlm ms 2week’s)..aku kerja dalam keadaan yang m’buhsankan banget (sgt2)..Aku sendiri tak tau kenapa??Erm..patut ke aku luahkan dlm blog aku nie??Tapi tak salahkan kalau aku ingin b’kongsi citer dgn p’baca?? Tak salahkan..Sebenarnya apa yang aku luahkan sekadar lahir dalam hati.. Terus-terang aku katakan selama 2week’s tu aku tiada masa sesgt dgn anak bujang k’sayangan aku tuh..Sampaikan parent’s aku da bising sesangat. Abis nak buat camner..ade orang yg tak memahami dgn status aku. Kadang2 aku rasa mcm nk resigned jerk. Tapi bila aku fikir2kan balik..kalau aku tak keje, aku takde ‘duit sendiri’. Tak syokla kan?? Betul tak wahai Ibu Adam??

Aku sebenarnya busan sesangat dgn orang tak memahami status aku sebagai s’org isteri & ibu. Aku teramat penat bila membuat keje t’kejar2..Very tired!!!!! Akhhhhhh...AKU BOSANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN..... S’jujurnya aku tak penah campurkan hal keje & rumahtangga.. Dan aku jarang b’kongsi masalah dgn kengkawan @ sesape jerk..M’lainkan ‘sahabat’ yang paling aku hargai dirinya..iaitu Ibu Adam..Thank’s sahabat kerana selalu banget bagi kata2 semangat pada Ummi Muiz..SAYANG KAMU!!!!

Apa yang aku harapkan..semoga minggu2 yang mendatang akan menyenangkan aku..Al-Maklumlah minggu ke-3 nanti aku dpt ang-pow from my company sempena kehadiran aku pada Acara Jamuan P’tengahan ’09 di HQ Nilai..Thank’s kepada Nozomi Express..walaupun tak banyak mana..namun aku hargai pemberian mu. Sekurang2nya adela sket kan =) Dapatlah Ummi Muiz beli baju raya untuk family sendiri..hiks...daaaaaaaaaaaaaa